Saturday, July 21, 2012

Solusi isu 46 “Taubat Sebelum Terlambat”


Sepintas lalu...


Harga : RM 10.00

Antara yg menarik...

Firman Allah yg bermaksud:
 “Sesungguhnya Allah mencintai orang yg banyak bertaubat.”
 (Surah al-Baqarah 2:222)


 
Rasulullah bersabda yg bermaksud:
‘Sesungguhnya, malaikat di sebelah kiri akan mengangkat penanya selama enam jam (tidak menulis lagi dosa tersebut) terhadap hamba Muslim yg membuat kesalahan. Jika dia menyesal dan meminta ampun kepada Allah daripada dosa tersebut, maka akan ‘dilemparkan’ sahaja dosa tersebut. Jika dia tidak membuat sedemikian, maka akan ditulis satu dosa.”
(Riwayat al-Tabarani)

 
ISU : Bertaubatlah Sebelum Terlambat

 
Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud: “Seorang Mukmin jika berbuat dosa, maka ternodalah hatinya dengan satu titik berwarna hitam. Jika dia bertaubat meninggalkannya dan beristighfar, hatinya akan kembali jernih. Jika dosanya itu bertambah-tambah, maka titik hitam itu pun bertambah sehingga menutup hatinya . Maka itulah penutup yang disebut Allah dalam al-Quran.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Baihaqi)

 
Abdullah bin Umar mengingatkan: “Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu hanya menungu tiba waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah kamu hanya menunggu tiba waktu petang. Dan ambillah kesempatan masa sihatmu untuk persiapan masa sakitmu, dan masa hidupmu untuk persiapan kematianmu.” (Riwayat al-Bukhari)

 
Renungilah kata-kata Imam al-Ghazali rhm. Ini kepada anaknya: “Wahai anak, sebahagian nasihat daripada Rasulullah s.a.w. kepada umatnya ; tanda bahawa Allah berpalng daripada seseorang adalah apabila dia membuang waktu untuk sesuatu yg tidak bermanfaat dan jika seseorang hilang sebentar sahaja dari umurnya dalam mengerjakan sesuatu yg dilarang oleh Allah, maka sesungguhnya merupakan penyesalan, dan sesiapa yg telah berumur lebih 40 tahun, tetapi kebaikannya belum mengalahkan kejahatannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka. Rasanya cukup bagi ahli ilmu apa yang terkandung dalam nasihat ini.”

 
Berita Baik Untuk Orang Yang Bertaubat

 
  • Petua kejayan.
  • Lupus dosa.
  • Keburukan diganti dengan kebaikan.
  • Anugerah dan nikmat.
  • Dicintai Allah.
 ~:: Huraian penuh di dalam Solusi isu 46…

 
KIASAN : Umpama 1000 Bulan

 
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Qadr ayat 1-5 yg bermaksud:

 
“Sesungguhnya, Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr. Dan apakah jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibrail turun dengan izin Tuhan mereka, untuk membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yg berikut). Sejahteralah malam (yg berkat) itu hingga terbit fajar.”

 
TIB NABAWI : Kuasa Wuduk Menghindari Penyakit

 
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yg bermaksud:

 
“Apabila seseorang Muslim atau Mukmin berwuduk, maka setelah dia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yg telah dilihat oleh kedua-dua matanya melalui air atau bersama titisan air yg terakhir. Ketika membasuh kedua-dua tangannya, keluarlah dosa dari kedua-dua tangannya bersama air atau titisan air yg terakhir. Sewaktu dia membasuh kakinya, keluarlah setiap dosa yg dilangkah oleh kedua-dua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah dia selesai berwuduk, dia bersih daripada dosa-dosanya.”

 
MUHASABAH : Siap atau Sempurna?

 
Apakah perbezaan antara “sudah siap” dan “sudah sempurna” ? Ada perbezaan besar antara kedua-duanya. Sudah siap tidak semestinya sempurna, tetapi jika sudah sempurna, itu tandanya sudah siap.

 
Pencapaian kerjaya seseorang diukur dengan KPI (Key Performance Index).Kualiti sesuatu produk pula boleh dipantau oleh SIRIM. Kemantapan penguruan sesebuah institusi boleh disahkan oleh ISO. Namun, kualiti ibadah, mampukah kita nilai sebelum ditimbang di mizan?

 
Apa kata kita laksanakan satu konsep yg mudah; sempurnakan ibadah, bukan sahaja melaksanakan sehingga selesai. Itulah yang akan menentukan kualiti ibadah kita terjaga.

 
Apa salahnya cerewet sedikit dengan kualiti dan kuantiti ibadah kita. Untuk masuk ke dlaam syurga bukannya percuma bukan? Kita perlu “membayarnya” dengan “harga” tertentu terlebih dahulu di dunia. Lebih baik bersusah-susah dahulu di dunia, agar dapat bersenang-senang kemudian di akhirat. Jangan pula merana dek bersenang-senang dahulu di dunia, bersusah-susah kemudian di akhirat. Nauzubillah.

 
Mulai saat ini, pastikan ibadah kita sempurna; sebelum, semasa dan juga selepasnya. Sebelum dengan niat yg ikhlas dan ilmu yg mencukupi,semasa dengan penghayatan ibadah yg luar biasa dan seterusnya diakhiri dengan rasa takut dan berharap yg seimbang.

 
~:: semuanya best dalam Solusi isu 46..jgn lupa beli! ( ^ _ ^)

No comments:

Post a Comment