Monday, October 22, 2012

Asas Praktikal Solat Untuk Perempuan


Kod Produk : PTSB1138 - Asas Praktikal Solat Untuk Perempuan


Penulis         : Marwan Hamdi

Harga          : RM3.80   Sinopsis      :   Buku ini menerangkan secara asas dan ringkas perkara yang berkaitan dengan solat fardu bermula dari berwuduk, bersolat, zikir, dan doa. Serta segala yang berkaitan dengannya termasuk tayamum dan solat jenazah. Setiap tatacara ini dipaparkan secara bergambar bagi panduan mudah pembaca.

Asas Praktikal Solat Untuk Lelaki


Kod Produk : PTSB1137 - Asas Praktikal Solat Untuk Lelaki


Penulis         : Marwan Hamdi

Harga           : RM 3.80

Sinopsis :

Buku ini menerangkan secara asas dan ringkas perkara yang berkaitan dengan solat fardu bermula dari berwuduk, bersolat, zikir, dan doa. Serta segala yang berkaitan dengannya termasuk tayamum dan solat jenazah. Setiap tatacara ini dipaparkan secara bergambar bagi panduan mudah pembaca.

Sirah Teranggung Muhammad





"Rujukan Lengkap Hidup Rasulullah SAW Dari Sebelum Kelahiran Hingga Detik-Detik Terakhir"


Kod Produk : MPBK1001 - Sirah Teranggung Muhammad

Penulis       :Dr.Ahmad Hatta,MA


Harga          : RM280 + percuma CD

Keistimewaan Buku :

Isi yang siatematik dan berkronologi berdasarkan buku-buku perjalanan Rasulullah SAW yang diakui (mu'tabar)


Dilengkapi gambar-gambar EKSLUSIF mulai daripada kelengkapan Rasulullah SAW, keluarga beliau dan para sahabat.

Terdapat ruangan Hikmah dalam setiap peristiwa yang dialami Rasulullah SAW

Dilengkapi peta, jadual dengan gambar berwarna penuh

Berkulit keras

600 mukasurat berwarna

Tiket Haji Daripada Tuhan


Kod Produk : PTSB1128 - Tiket Haji Daripada Tuhan


Penulis         : J.Rahmat

Harga           : RM19.50
  Sinopsis        :   Bagi setiap individu Muslim, pasti mempunyai cita-cita dan niat menunaikan haji ke Tanah Suci. Namun, tidak semua hamba-hamba-Nya terpilih menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.

Tiket Haji daripada Tuhan mengisahkan J. Rahmat, ahli geologi yang sudah bekerja 20 tahun sebagai pegawai di sebuah syarikat minyak dan gas negara. Namun, kehidupan beliau cukup sederhana. Sejak mula bekerja, beliau menggunakan sebahagian besar gajinya bagi menguruskan anak-anak yatim, anak-anak miskin, dan orang terlantar. Suatu hari, keajaiban berlaku apabila beliau mendapat bantuan daripada rakan-rakan yang mengumpulkan wang untuknya ke Tanah Suci.

Dari sini, bermula sebuah kisah yang penuh asyik, sedih, dan padat dengan pengajaran haji daripada sudut yang berbeza iaitu Tuhan memilih tetamu-Nya dan melayaninya dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Rich Dad Poor Dad - Edisi Bahasa Melayu


Kod Produk : PTSB1131 - Rich Dad Poor Dad (Edisi Bahasa Melayu)


Penulis         : Robert T.kiyosaki


Harga           : RM 21.00

Sinopsis        :

Rich Dad Poor Dad adalah buku kewangan terbaik yang sudah berjaya mengubah hidup jutaan pembaca di seluruh dunia. Buku ini mengubah perspektif kita kepada wang dan mengeluarkan kita daripada kitaran sia-sia Rat Race. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Ramai orang terperangkap dalam kitaran sia-sia ini.


Buku Rich Dad Poor Dad membantu kita:

Membina kekayaan berasaskan kewangan yang kukuh

Membezakan antara aset yang menambah kekayaan dengan liabiliti yang menghabiskan wang

Mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja

Menjadikan wang bekerja untuk kita

“Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.”

Resipi Ala Gerai Makanan Laut


Kod Produk : PTSB1130 - Resipi Ala Gerai Makanan Laut


Punulis         : Chef Sarji

Harga          : RM5.50

Sinopsis      :

Chef Sarji atau nama sebenarnya Mohamad Sarji Ramli mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang penyediaan makanan dan minuman. Anak kelahiran Raub, Pahang ini sudah menerbitkan 8 buah buku masakan dan kini menghasilkan buku masakan bersiri 'Ala Gerai' dengan PTS Millennia Sdn. Bhd.


Beliau mempunyai perniagaan sendiri, iaitu Red Onion Café yang terletak di Melawati yang menyediakan khidmat kafe dan katering. Beliau mahir menyajikan makanan Barat, Itali, Swiss, Perancis, Asia, Malaysia, dan barbeku serta mahir dalam bidang pembuatan kek dan roti.

Fiqh Imam Syafie


Kod Produk : PTSB1129 - Fiqh Imam Syafie

Penulis         : Ridzuan Ahmad


Harga           : RM18.00
   
Sinopsis        :  

Fiqh Imam Syafie mempunyai dua bahagian.

Bahagian pertama membentangkan biografi Imam Syafie.

Antara maklumat menarik adalah:
Kita mengetahui bagaimana beliau mampu menonjol dalam pelajaran walaupun miskin.
Kita juga melihat kehebatan Imam Syafie yang diminta berfatwa seawal umur 15 tahun.
Bahagian kedua membincangkan asas pemikiran fiqh Imam Syafie.
Pelbagai informasi unik diketengahkan, antaranya:
Kita mengetahui asas dan kaedah Imam Syafie dalam mengeluarkan hukum.
Kita juga meneliti dan memahami setiap satu istilah unik dan penting seperti zahir al-nas, istihsan, dan al-ihtiyat.

Fiqh Imam Syafie membuka jalan perkenalan kita dengan tokoh agung ini.

Haid, Istihadah & Nifas


Kod Produk : IRBK1036 - Haid, Istihadah & Nifas

Penulis          : Al Fakir Ila Rahmatillah Al Qadir



Harga           : RM 26.00

Sinopsis        :

Jadikanlah kitab ini sebagai cenderahati buat insan yang mulia di majlis perkahwinan, pertunangan, kesyukuran, hari guru, hari ibu, di pejabat-pejabat dan sebagainya.

Walau siapa pun diri anda, andalah bertanggungjawab dalam menangani masalah ini. Walaupun masalah ini berlaku di kalangan kaum wanita sahaja, tetapi kaum lelaki juga terlibat dan mempunyai hubungan dengan masalah ini.

Pada zaman yang serba canggih ini, ramai orang terlupa untuk mempelajarinya. Dalam minda perempuan masa kini, apabila masalah ini datang, mereka hanya mengagak-agak bahawa darah yang keluar itu haid dan apabila tempohnya terlebih sedikit maka ianya dikatakan istihadah, padahal perkara tersebut kadang-kadang adalah sebaliknya
  Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah masyarakat hari ini kurang mengetahui mengenai masalah haid kerana golongan perempuan berasa malu hendak belajar atau bertanya mengenai masalah ini lantaran merasakan bahawa haid adalah masalah dalaman wanita (hal-hal sulit) dan ada juga segelintir masyarakat yang apabila disebut mengenai perkara ini, mereka akan menganggap bahawa ia adalah suatu perkara yang lucah dan tidak senonoh, seolah-olah tidak sesuai, seolah-olah tidak sesuai untuk diperbincangkan.

Tambahan pula, pihak suami juga berasa malu hendak menyuruh isterinya belajar atau bertanya mengenai masalah haid kerana khuatir bahawa masyarakat akan mengetahui masalah dalamannya.

Maka, jika isu ini berterusan, semua pihak akan menanggung dosa.
Wallahu a’lam.

Keluarga Perempuan Rasulullah


Kod        : IRBK1037 -  Keluarga Perempuan Rasulullah

Penulis  : Fathi Fawzi & Widad Sakakini


Harga    : RM 20.00   Sinopsis :   Buku ini mengabadikan kehidupan para ibu, isteri dan puteri Rasulullah SAW. Buku ini mengajak pembaca menyusuri kisah bagaimana ibu-ibu hebat seperti Aminah (ibu kandung), Ummu Aiman (penjaga), Halimah as-Saadiah (ibu susuan), Fatimah Bt Asad (isteri Abu Thalib), Syifa Bt Auf (Bidan Rasulullah) dan Tsuwaibah (ibu susuan) melahirkan dan membesarkan seorang pemimpin hebat.

Ia juga menceritakan bagaimana isteri-isteri dan puteri-puteri baginda, dengan kelebihan masing-masing memainkan peranan untuk mewarnai arus peradaban Islam. Mereka tampil menyempurnakan kemuliaan dan keagungan baginda Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin umat manusia.

Dengan disokong oleh rujukan yang benar lagi dipercayai, anda akan menikmati banyak kisah menarik pada wanita-wanita mulia ini selama mereka menemani Rasulullah SAW. Kisah-kisah ini sarat dengan pelajaran, hikmah dan keajaiban yang jarang kita perhatikan.

Semoga apa yang dipaparkan dapat menjadi pendorong semangat kepada para wanita di luar sana untuk menjadi wanita yang solehah yang mengikut acuan Islam yang sebenar.

Monday, October 8, 2012

Akan datang...Solusi isu 49 "Melawan Bisikan Syaitan"

Biografi Agung Rasulullah S.A.W



Sebahagian kandungan buku untuk tatapan anda:-




Alangkah Indahnya

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

~Raihan

Kod       : MRBK 1060 - Biografi Agung Rasulullah s.a.w

Harga   : RM 65.00   

Penulis : Rusydi Ramli Al-Jauhari

Sinopsis :

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.
Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.
SIAPA YANG PERLU MEMILIKI BUKU INI
Buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda. Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal Rasulullah dan terus kekal rasa cinta kita kepada Baginda.Firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud;
“Sesungguhnya Allah SWT dan Para MalaikatNya berselawat(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Indahnya Hidup Bersyariat


sebahagian kandungan buku untuk tatapan anda :-






Kod           : TBBK 1097 - Indahnya Hidup Bersyariat
Harga       : RM55.00  

Penulis     : Dato’ Ismail Kamus & Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid

Sinopsis   :

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). 

Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.
Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Panduan amalan yg disampaikan mengikut turutan langkah demi langkah. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.

Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

Ensiklopedia Solat


‘Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh dan mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak berdukacita.’
 (Surah Al-Baqarah 2:277).

~::Sebahagian kandungan buku untuk tatapan anda...::~







Harga : RM 100.00

Solat
Solat merupakan satu kewajipan dan syiar yang paling utama dalam kehidupan seorang Muslim. Pemisah antara garisan iman dan kufur dan menjadi perbezaan antara orang yang beriman dan orang yang kafir adalah solat. Di dalam Al-quran, solat turut dijadikan sebagai pembukaan sifat-sifat orang yang beriman yang akan memperolehi kebahagiaan dan sekaligus menjadi penutup kehidupan. Al-quran turut menganggap orang yang meninggalkan solat adalah orang yang sesat dan menyimpang. Adapun yang meninggalkan solat secara berterusan termasuk dalam ciri2 orang yang kafir.
Solat juga akan menjadi ibadah pertama yang akan dipersoal dan dihisab untuk seorang mukmin pada hari kiamat kelak. Ini menunjukkan pentingnya solat dalam kehidupan seharian masyarakat Islam. Antara perkataan yang menjadi rukun dalam solat adalah takbiratulihram, membaca Al-Fatihah (termasuk basmalah), tasyahud akhir, selawat ke atas nabi dan salam yang pertama. Selain itu, perbuatan yang merupakan rukun di dalam solat adalah berdiri tegak jika mampu, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, duduk pada rakaat terakhir dan tertib. Ia juga melibatkan hati iaitu melalui niat. Dan pada asalnya, perkataan solat itu adalah merujuk kepada doa atau untuk mengemukakan permohonan di dalam bahasa Arab.

Kepentingan Solat
Solat merupakan talian langsung antara seorang hamba kepada penciptanya. Hanya orang yang beriman dan beramal soleh akan mendirikan solat sebagaimana tertera di dalam firman Allah:
‘Sesungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh dan mengerjakan solat dan mengeluarkan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak berdukacita.’ (Surah Al-Baqarah 2:277).
Melalui solat juga, ia menjadi peluntur dosa-dosa ringan yang paling efisyen. Solat juga berperanan dalam memohon segala perkara baik kepada pemohon, dalam bentuk perolehan suatu manfaat atau penghindaran daripada musibah dan petaka. Solat turut menjadi kekuatan agama Islam. Melaksanakan kewajipan solat fardu diibaratkan membina tiang-tiang untuk memperkukuhkan agama.
Solat juga dapat membina jati diri yang dilihat mempunyai 3 keistimewaan iaitu ikhlas, khusyuk dan zikrullah. Sekiranya solat yang didirikan tidak mempunyai 3 perkara yang dinyatakan, maka solat tersebut akan dianggap tidak berfaedah sama sekali bedasarkan kepada Tafsir al-Azhar, Imam Abu al-Aliyah. Solat turut menjadi kekuatan jiwa seseorang apabila ia didirikan sehingga mampu meninggalkan maksiat dan kemungkaran. Malahan, ia menjadi cahaya kepada kehidupan di dunia dan untuk di akhirat kelak. Keberuntungannya juga dapat dilihat apabila solat dapat meninggikan kedudukan dan menghapuskan kesalahan.
Kelebihan solat juga dilihat apabila solat merupakan penawar kepada stres dan tekanan perasaan. Solat dapat menenangkan jiwa yang kusut dan stres. Hal ini adalah disebabkan kerana solat mengandungi zikir-zikir yang mampu mendamaikan hati. Rasullulah sendiri mengakui hakikat zikir dapat mengubat jiwa yang resah seperti di dalam sabdanya: ‘Bangunlah wahai Bilal (untuk azan) dan rehatkanlah kami dengan solat.’ (Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, kitab Adab: Bab solat malam).

Ensiklopedia Solat - versi Bahasa Melayu Pertama di Malaysia.
Menyedari kepentingan dan kebertanggungjawaban dalam menyebarkan ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk setiap pelusuk masyarakat, pihak Telaga Biru telah mengeluarkan sebuah buku yang bertajuk Ensiklopedia Solat. Sebuah ensiklopaedia lengkap mengenai solat terbitan syarikat tempatan, berbahasa Melayu yang pertama di Malaysia. Buku ini menghimpunkan segala permasalahan dan keterangan yang berkaitan solat. Setiap permasalahan dan keterangan itu pula disokong dan dibantu dengan firman Allah dan hadis serta sunah nabi Muhamad SAW yang menjadi kewajipan kepada setiap umat Islam mengikuti dan menerapkan di dalam kehidupan seorang Muslim.
Melalui entri di dalam bentuk illustrasi, dan foto yang dapat menguatkan fakta, pembaca mudah memahami dan mengaplikasikan tatacara yang diajarkan. Selain itu, penerangan turut diberikan di dalam peta minda, jadual dan carta. Kandungan ensiklopedia berkait dengan disiplin ilmu pengetahuan iaitu syariat, sains, perubatan, sejarah dan falsafah.
Kandungannya mudah untuk dirasionalkan oleh akal pemikiran di samping membuktikan kebesaran Allah S.W.T berikutan terdapat penerangan yang memudahkan untuk memahaminya. Ilmu yang terkandung di dalamnya pula tidak bertentangan dengan Al-quran dan sunah Rasulullah SAW. Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan para pembaca membuat rujukan.
Ia boleh dibaca oleh sesiapa saja khusunya untuk yang mengetahui dan memperbaiki solat yang didirikan. Ia juga sesuai untuk pengajar seperti guru, pensyarah dan sesiapa yang terlibat untuk membuat rujukan dan alat pembelajaran. Malah, ensiklopedia ini boleh dikhususkan kepada pusat sumber, institusi pendidikan, pusat latihan, masjid, madrasah, pejabat dan pusat pendidikan. Penghasilan buku ini adalah merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar dan sumber-sumber yang telah disahkan kesasihannya. Huraiannya pula bersepadu dan menggunakan bahasa moden yang mudah untuk difahami. Dengan adanya ensiklopedia ini, sebarang permasalahan boleh dirujuk dan diperbetulkan dari semasa ke semasa.


Sakinah Mawaddah


Kod Produk: TBBK 1236 - Sakinah Mawaddah

Harga: RM 15.00


Nama Penulis : Norfaradina Ab Ghafar  

Sinopsis :  

Berpisah itu kata manusia punca derita. Kata orang medan sengsara. Namun bagi Sakinah dan Mawaddah, perpisahan mengajar mereka erti kehidupan. Perpisahan mendidik mereka makna ketabahan untuk menjadi dewasa. Berkali-kali sepanjang usia mereka perpisahan datang menerpa.   Namun jika bukan diri sendiri yang mengheret kaki untuk terus melangkah, lantas siapakah yang harus disandar harapan untuk memimpin tangan mendorong ikhtiar untuk hidup yang seterusnya? Sakinah dan Mawaddah, dua beradik yang terpisah kerana kerenah manusia. Namun mereka tetap cekalkan hati, terus berjalan mengembara atas dunia. Kerana janji Allah itu pasti. “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan kuperkenankan permintaanmu.” Mereka percaya doa mereka untuk kembali bertemu akan termakbul jua akhirnya. Kerana Sakinah dan Mawaddah adalah pelengkap kepada sebuah perasaan yang indah. Sakinah, ketenangan. Mawaddah, kasih sayang.

Formula Haji Sempurna


Kod Produk :TBBK1238 - Formula Haji Sempurna


Harga : RM28.00

Nama Penulis : Muhd Najib abdul Kadir & Abdul Salam Yussof

Sinopsis :

Buku ini merupakan siri ilmiah yang boleh dijadikan panduan dalam mengerjakan haji dan umrah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna dan bermaklumat. Lebih mudah untuk difahami sekali gus jemaah haji akan berasa gembira dan puas hati menjadi tetamu Allah Taala. Penulis tidak berhenti hanya dengan memberi panduan kepada bakal jemaah haji malah juga didedahkan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh para jemaah supaya berhati-hati dalam melaksanakan ibadah suci ini. Antara perkara yang dibincangkan ialah kedudukan Tanah Haram, kepentingan haji, persiapan bakal haji, sikap tolong-menolong semasa mengerjakan ibadah haji, cara pelaksanaan haji dan umrah ikut urutan masa, amalan-amalan yang perlu diutamakan semasa menjadi tetamu Allah, kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh sebahagian jemaah, keutamaan menziarahi Masjid Nabi dan beberapa amalan sahabat ketika mengerjakan haji.


Buku ini berguna kepada calon jemaah haji dan jemaah haji muda, terutama kepada bakal jemaah haji yang telah berdaftar untuk menunaikan haji. Buku ini bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang mahu menjadi jemaah haji bagi mendapat haji yang sempurna dan mabrur. Mengapa buku ini perlu dimiliki? Buku ini menyediakan panduan praktis yang mudah dan komprehensif.

Formula Solat Sempurna (Edisi Kemaskini)

Kod Produk : TBBK1048A - Formula Solat Sempurna (Edisi Kemaskini)


Harga     : RM28.00

Penulis   : Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Sinopsis :
  
FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca melalui pendekatan yang mudah

dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya. “Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari.

Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad daripada para ulama
hadis silam dan semasa.” Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum
juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik.

Kandungan buku ini disusun dalam bentuk yang menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi SAW. Seterusnya terdapat juga huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini.

Ini menjadikan buku di hadapan anda ini begitu istimewa dan mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai, dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menurut mazhab Syafi‘i atau lainnya.

Tuesday, October 2, 2012

Cukuplah Bagiku Allah

Kod Produk : MRBK1081 Cukuplah bagiku Allah


Harga           : RM16.90   Penulis         : Haji Talib Hussin   Sinopsis      :   Hadis junjungan Nabi SAW yang bermaksud,

“Doa itu adalah ibadat.”

dan juga hadis Nabi SAW yang bermaksud,

“...dan apabila engkau hendak memohon pertolongan,

...maka hendaklah memohon kepada Allah SWT.”

Kedua-dua hadis di atas merupakan dorongan utama terbitnya naskhah ini. Inilah di antara perkara-perkara yang kita tidak boleh hidup tanpanya.Hidup tanpanya adalah seperti hidangan lazat tanpa garam.Hidup tanpanya adalah ibarat ikan di daratan. Inilah amalan para nabi dan alim, lihat saja bagaimana Nabi Ibrahim a.s menyerah diri (berdoa) ketika dalam nyalaan api Firaun. Bagaimana Nabi Yunus a.s terus-menerus dengan lafaznya (doa) dalam gelap zulmat perut ikan Nun (paus). Bagaimana Nabi Musa a.s berserah diri ketika berada di tebing Laut Merah dikepung tentera Firaun.

Dapatkah saat yang terakam dalam lipatan sejarah ini didustai? Dan siapakah yang Maha Mendengar yang telah mendengar dan memakbulkan permintaan (doa) mereka? Dialah Allah Yang Maha Agung. Begitulah mesej yang ingin dibawa oleh naskhah ini. Semoga dengan mengamalnya, kita beroleh rahmat dan perlindungan daripada Allah SWT dalam kehidupan agar nanti cahaya doa-doa itu bisa mengerakkan tubuh badan kita ke arah mentaati-Mu.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

25 Pahlawan Islam


Kod Produk : MRBK1080 25 Pahlawan Islam


Harga : RM20.00   Penulis : Shafie Abdul Rahman   Sinopsis :   Sejak Islam diutus melalui Nabi Muhammad SAW, bukan sedikit lahirnya pejuang dan pahlawan-pahlawan Islam yang sanggup mengorbankan diri mereka, demi mempertahankan kesucian agama Islam. Mereka meletakkan kepentingan agama melebihi daripada segala kepentingan diri, demi menegakkan agama Allah SWT di muka bumi ini. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda telah berjaya mendidik para sahabat yang menjadi generasi al-Quran, yang sanggup berkorban nyawa demi melindungi Rasulullah SAW, agama Islam dan orang-orang Islam ketika itu. Maka lahirlah para pejuang terulung seperti Sayidina Hamzah, Mus’ab bin Umair, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Khalid Al-Walid, Saad bin Abi Waqqas, Jaafar bin Abi Talib dan ramai lagi.

Perlulah diingat bahawa kisah-kisah kepahlawanan ini tidak seharusnya dijadikan sebagai satu catatan sejarah yang kemudian hilang atau dilupai dengan peredaran masa. Kisah-kisah pahlawan terkemuka dalam sejarah dunia Islam ini sewajarnya kita hidupkan terus dalam diri kita terutamanya dalam perjuangan kita menjalani hidup sebagai seorang Muslim sejati, mengamalkan Islam sebagai satu ad-din dan nizamul hayat. Elakkanlah diri daripada mencontohi mereka yang di luar lingkungan dunia Islam kerana pahlawan-pahlawan Islam ini telah berjaya mencorakkan dunia Islam dengan darah mereka yang harum mewangi, bak burung-burung yang bebas berterbangan di syurga.

Semoga pemaparan suka duka perjuangan para pahlawan Islam yang dipaparkan dalam buku ini dapat dijadikan pedoman. Seterusnya sama-samalah kita menghayati dan cuba menjadikan mereka sebagai ikon generasi muda umat Islam kinidalam mempertahankan kesucian agama Islam, Insya-Allah.

Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit


Kod Produk : KPBK1063 - Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit

Harga     : RM 17.00

Penulis   : Asadullah Al-Faruq

Sinopsis :

Tiada yang menafikan bahawa sihat adalah faktor kejayaan. Bahkan, sihat adalah tiang utama kejayaan itu sendiri. Walaupun ada juga orang yang berjaya dengan mempunyai penyakit, namun orang yang sihat ‘jauh lebih mungkin’ untuk melakukan suatu impian yang tidak boleh dilakukan oleh orang sakit. Itulah rahsia sebuah kata-kata hikmah yang berbunyi “Orang sihat boleh mempunyai seratus keinginan, namun orang sakit hanya mempunyai satu keinginan”.


Sihat fizikal semata ‘bukan jaminan’ kesejahteraan di muka bumi. Bahkan, sihat fizikal yang tidak diimbangi sihat rohani, sihat sosial dan sihat emosi intelektual nyata membawa malapetaka kehancuran. Firaun, Hitler, Gengis Khan adalah individu yang sihat gagah perkasa namun justeru menjadi magnet kehancuran di muka bumi ini.

Rasulullah telah menunjukkan cara agar ‘Sihat Holistik’ untuk kita. Ketika kita tercari-cari ‘nawaitu’ mempelajari tiang memperoleh kesihatan maka pintu-pintu kesihatan telah terbuka; dan kita boleh merawat sakit yang acapkali hadir. Ataupun kita dapat meminimakannya. Cara mana yang lebih baik dari cara yang telah diajarkan oleh Rasulullah? Kami yakin, anda orang bijak untuk menuju sihat itu sendiri.


Buku ini juga mendapat sentuhan daripada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau sempat berkongsi tips kesihatan dan pengalaman beliau merasai sakit yang panjang kepada kita semua.

Tentang Cinta


Kod Produk: TBBK 1009

Harga: RM 27.00


Nama Penulis : Ust. Pahrol Mohamad Juoi
 
Sinopsis :
 
Isu cinta memang menjadi tarikan untuk para remaja sejak zaman-berzaman lagi. Tentang Cinta ini memberikan tafsiran dan persepsi baru mengenai topik-topik yang sering diperkatakan. Apakah sebenarnya yang dikatakan cinta? Bagaimanakah cara untuk bercinta? Bagaimanakah pula cara untuk mencintai dan dicintai? Siapakah role model kita dalam bercinta?

Cinta yang bagaimana yang dikatakan cinta ada class? Itulah antara persoalan yang akan terjawab di dalam Tentang Cinta ini. Bagi yang pernah mengalami kekecewaan dalam percintaan, jangan putus asa. Tataplah Tentang Cinta ini dengan sepenuh hati. Insya-Allah, ada penawarnya.

Terbaru Solusi,al-Ustaz,Gen-Q...

Tunggu update terbaru dari kami...




Monday, October 1, 2012

Hukum - Hakam Azan & Iqamat Menurut Ulama Mazhab Syafi'i


Kod Produk: TBBK 1233

Harga: RM 20.00


Nama Penulis : Ustaz Muhammad Haidzir Hussin

Sinopsis :  
Azan dan iqamat merupakan lafaz khusus atau pun zikir yang diamalkan oleh masyarakat Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu dan seterusnya menyeru mereka agar berkumpul bagi menunaikan solat fardu secara berjemaah.   Selain itu, azan dan iqamat bukan sahaja sebagai satu pemberitahuan bagi umat Islam sebelum mengerjakan solat, malah azan dan iqamat juga dilaungkan selepas bayi dilahirkan, ketika menghadapi bencana mahupun ketika gangguan jin atau syaitan. Pendek kata, azan dan iqamat ialah kalimah untuk memohon rahmat, berkat serta kekuatan, kesyukuran dan yang paling penting, ianya merupakan syiar umat Islam.   Buku ini perlu dimiliki kerana ia menyentuh isu dan hukum berkaitan azan serta iqamat secara terperinci, menukilkan pendapat-pendapat ulama secara ilmiah, menjawab permasalahan yang berkaitan dengan azan serta iqamat dan memberikan panduan berguna bagi para muazin.

Mudahnya Menjemput Rezeki


Kod Produk : GB0170 Mudahnya Menjemput Rezeki

Harga :RM18.00


Sinopsis :  

Tahukah anda untuk mendapat rezeki sememangnya sangat mudah apabila kena caranya? Malah sumber datangnya tidak disangka-sangka. Mudahnya menjemput rezeki merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki. Ia dikongsi oleh penulis yang telah mengalami 'peristiwa mendapat rezeki' dari Maha Pemberi Rezeki dengan mekanisme yang tertentu. Ikuti rahsianya..

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus 2 : Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat

Kod : PTSB1161 Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus 2 : Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat


Harga : RM25.00  

Sinopsis :  

Dalam kita melaksanakan ibadah kepada Allah, kekeliruan dan persoalan pasti tidak dapat dielakkan. Segala persoalan ini memerlukan jawapan bagi meleraikan kekusutan yang ada supaya kita berasa yakin dalam melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Perasaan was-was juga dapat dihindari.

Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat ini adalah kesinambungan daripada buku yang pertama. Ia disusun melalui himpunan soalan-soalan daripada masyarakat umum mengenai kekeliruan yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka.

Buku ini mengupas persoalan dalam kehidupan umat Islam yang merangkumi aspek berikut: taharah, wuduk, Al-Quran, solat, jual beli, pembahagian harta, zakat, puasa, hudud, sembelihan, akikah, wanita, halal haram, dan isu semasa.

Saturday, July 28, 2012

Kini Kembali..Biskut Raya 2012 Tradisional dan Moden.

~:: Terima kasih kepada yg dah order (^_^)


Tempahan dibuka sekarang hingga 04/08/2012.Keutamaan diberi kepada anda yg tinggal di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor kerana kami tidak menyediakan perkhidmatan pos.Kos penghantaran akan dikenakan.Semua tempahan InsyaAllah akan dpt pada 11 dan 12 /08/12.Kami akan hubungi anda terlebih dahulu.Pembayaran hendaklah dibuat sebelum penerimaan barangan.Maklumat pembayaran hanya diberi kpd serious buyer sahaja.Sebarang pertanyaan anda boleh email ke teratakbondazq@gmail.com atau contact no 012-603 2948
(Pn. Mazura). Boleh juga rujuk fb kami Teratak Bonda


Tempeyek 
  • Tempeyek Biasa ( ikan bilis+kacang)
  • Tempeyek Ikan Bilis sahaja.
  • Tumpi Kacang Hijau.
  • Tumpi Kacang Dal. 
Kuantiti setiap bekas 50 pcs/keping. Harga RM 17.
(tidak termasuk kos penghantaran)



Samperit
Samperit yg kami jual adalah perisa original.Bukan perisa pandan.
Kuantiti 60 pcs/keping.
Harga RM 23 (tidak termasuk kos penghantaran).



Biskut Senyum
Kuantiti 60 pcs/keping.
Harga RM 23 (tidak termasuk kos penghantaran).




Biskut Jambu
Kuantiti  55 pcs / keping 
Harga : 23 (tidak termasuk kos penghantaran)



Bunga Ros / Loyang

Kuantiti 40 pcs /keping
Harga : RM 15 (tidak termasuk kos penghantaran)



Almond London
Kuantiti 50 pcs / keping
Harga : RM 23 (tidak termasuk kos penghantaran)

Tart Nenas
Kuantiti 50 pcs /keping
Harga : RM 23 (tidak termasuk kos penghantaran)

 ~:: InsyaAllah semua biskut  kami pasti memuaskan hati.Rasa yg enak dan rangup.Harga yg amat berpatutan.Dijamin Halal,Sedap dan Bersih. (^_^)

Andai Engkau Tahu Bimbinglah Dirimu Dengan Doa dan Zikir



Kod Produk :TBBK1214


Harga  : RM6.00


Sinopsis :
 
Buku ini disusun supaya dapat dijadikan panduan setiap individu untuk membimbing mendekatkan diri kepada Allah SWT. Bimbingan dalam bentuk doa ini mencakupi sebahagian besar keperluan dalam kehidupan harian manusia dengan doa dan zikir. Meminta kepada Allah SWT bermakna hati mengakui hakikat ketuhanan.



Kerana hati yang keras dan disaluti dengan dosa begitu angkuh meminta. Buku ini mengandungi aspek Bimbinglah Dirimu dengan Doa dan Zikir, Ibadatku Mukmin, Malamku Mukmin, Pagiku Mukmin, Zuriatku Mukmin, Rumahku Mukmin dan Bumiku Mukmin.

Resepi 30 Minit Chef Kamarul


antara menu dlm buku ni...

Apa yg menariknya dlm buku ni diterangkan tip menguruskan dapur,kenali bahan asas,paling penting kesucian makanan serta byk lagi.Dlm buku ni juga ada resepi pagi,makan tengah hari,minum petang dan snek,makan malam,pemanis mulut dan minuman.Bahan-bahan masaknya pula mudah nak cari xpayah pening2 dengan bahasa bahan yg kita tidak faham.Harga yg berpatutan dan mampu untuk anda beli.

P/S : Apa yg penting..memudahkan tugasan memasak anda! ( ^ _ ^)

Penulis : Chef Kamarul
Harga  : RM 25.90
Sinopsis :
Resepi yang dikemukakan ringkas tetapi sedap,bermutu,pelbagai dan menarik.
Manusia akhir-akhir ini memerlukan masakan yang cepat kerana masa seolah-olah menjadi bertambah pendek dalam dunia perlumbaan hari ini.
Disini juga ada tip mengurus dapur termasuk kaedah menyediakan masakan dengan teratur,cepat,kemas dan bersih.