Monday, October 22, 2012

Asas Praktikal Solat Untuk Perempuan


Kod Produk : PTSB1138 - Asas Praktikal Solat Untuk Perempuan


Penulis         : Marwan Hamdi

Harga          : RM3.80   Sinopsis      :   Buku ini menerangkan secara asas dan ringkas perkara yang berkaitan dengan solat fardu bermula dari berwuduk, bersolat, zikir, dan doa. Serta segala yang berkaitan dengannya termasuk tayamum dan solat jenazah. Setiap tatacara ini dipaparkan secara bergambar bagi panduan mudah pembaca.

Asas Praktikal Solat Untuk Lelaki


Kod Produk : PTSB1137 - Asas Praktikal Solat Untuk Lelaki


Penulis         : Marwan Hamdi

Harga           : RM 3.80

Sinopsis :

Buku ini menerangkan secara asas dan ringkas perkara yang berkaitan dengan solat fardu bermula dari berwuduk, bersolat, zikir, dan doa. Serta segala yang berkaitan dengannya termasuk tayamum dan solat jenazah. Setiap tatacara ini dipaparkan secara bergambar bagi panduan mudah pembaca.

Sirah Teranggung Muhammad





"Rujukan Lengkap Hidup Rasulullah SAW Dari Sebelum Kelahiran Hingga Detik-Detik Terakhir"


Kod Produk : MPBK1001 - Sirah Teranggung Muhammad

Penulis       :Dr.Ahmad Hatta,MA


Harga          : RM280 + percuma CD

Keistimewaan Buku :

Isi yang siatematik dan berkronologi berdasarkan buku-buku perjalanan Rasulullah SAW yang diakui (mu'tabar)


Dilengkapi gambar-gambar EKSLUSIF mulai daripada kelengkapan Rasulullah SAW, keluarga beliau dan para sahabat.

Terdapat ruangan Hikmah dalam setiap peristiwa yang dialami Rasulullah SAW

Dilengkapi peta, jadual dengan gambar berwarna penuh

Berkulit keras

600 mukasurat berwarna

Tiket Haji Daripada Tuhan


Kod Produk : PTSB1128 - Tiket Haji Daripada Tuhan


Penulis         : J.Rahmat

Harga           : RM19.50
  Sinopsis        :   Bagi setiap individu Muslim, pasti mempunyai cita-cita dan niat menunaikan haji ke Tanah Suci. Namun, tidak semua hamba-hamba-Nya terpilih menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.

Tiket Haji daripada Tuhan mengisahkan J. Rahmat, ahli geologi yang sudah bekerja 20 tahun sebagai pegawai di sebuah syarikat minyak dan gas negara. Namun, kehidupan beliau cukup sederhana. Sejak mula bekerja, beliau menggunakan sebahagian besar gajinya bagi menguruskan anak-anak yatim, anak-anak miskin, dan orang terlantar. Suatu hari, keajaiban berlaku apabila beliau mendapat bantuan daripada rakan-rakan yang mengumpulkan wang untuknya ke Tanah Suci.

Dari sini, bermula sebuah kisah yang penuh asyik, sedih, dan padat dengan pengajaran haji daripada sudut yang berbeza iaitu Tuhan memilih tetamu-Nya dan melayaninya dengan cara yang tidak disangka-sangka.

Rich Dad Poor Dad - Edisi Bahasa Melayu


Kod Produk : PTSB1131 - Rich Dad Poor Dad (Edisi Bahasa Melayu)


Penulis         : Robert T.kiyosaki


Harga           : RM 21.00

Sinopsis        :

Rich Dad Poor Dad adalah buku kewangan terbaik yang sudah berjaya mengubah hidup jutaan pembaca di seluruh dunia. Buku ini mengubah perspektif kita kepada wang dan mengeluarkan kita daripada kitaran sia-sia Rat Race. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Bangun pagi, balik petang, dapat gaji, bayar hutang. Ramai orang terperangkap dalam kitaran sia-sia ini.


Buku Rich Dad Poor Dad membantu kita:

Membina kekayaan berasaskan kewangan yang kukuh

Membezakan antara aset yang menambah kekayaan dengan liabiliti yang menghabiskan wang

Mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja

Menjadikan wang bekerja untuk kita

“Kita menghabiskan masa bertahun-tahun di sekolah tetapi tidak belajar apa-apa berkenaan wang. Inilah sebab utama kita menghadapi masalah kewangan. Akibatnya, kita hanya belajar cara bekerja untuk wang, bukannya belajar cara menjadikan wang bekerja untuk kita.”

Resipi Ala Gerai Makanan Laut


Kod Produk : PTSB1130 - Resipi Ala Gerai Makanan Laut


Punulis         : Chef Sarji

Harga          : RM5.50

Sinopsis      :

Chef Sarji atau nama sebenarnya Mohamad Sarji Ramli mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam bidang penyediaan makanan dan minuman. Anak kelahiran Raub, Pahang ini sudah menerbitkan 8 buah buku masakan dan kini menghasilkan buku masakan bersiri 'Ala Gerai' dengan PTS Millennia Sdn. Bhd.


Beliau mempunyai perniagaan sendiri, iaitu Red Onion Café yang terletak di Melawati yang menyediakan khidmat kafe dan katering. Beliau mahir menyajikan makanan Barat, Itali, Swiss, Perancis, Asia, Malaysia, dan barbeku serta mahir dalam bidang pembuatan kek dan roti.

Fiqh Imam Syafie


Kod Produk : PTSB1129 - Fiqh Imam Syafie

Penulis         : Ridzuan Ahmad


Harga           : RM18.00
   
Sinopsis        :  

Fiqh Imam Syafie mempunyai dua bahagian.

Bahagian pertama membentangkan biografi Imam Syafie.

Antara maklumat menarik adalah:
Kita mengetahui bagaimana beliau mampu menonjol dalam pelajaran walaupun miskin.
Kita juga melihat kehebatan Imam Syafie yang diminta berfatwa seawal umur 15 tahun.
Bahagian kedua membincangkan asas pemikiran fiqh Imam Syafie.
Pelbagai informasi unik diketengahkan, antaranya:
Kita mengetahui asas dan kaedah Imam Syafie dalam mengeluarkan hukum.
Kita juga meneliti dan memahami setiap satu istilah unik dan penting seperti zahir al-nas, istihsan, dan al-ihtiyat.

Fiqh Imam Syafie membuka jalan perkenalan kita dengan tokoh agung ini.