Monday, October 8, 2012

Sakinah Mawaddah


Kod Produk: TBBK 1236 - Sakinah Mawaddah

Harga: RM 15.00


Nama Penulis : Norfaradina Ab Ghafar  

Sinopsis :  

Berpisah itu kata manusia punca derita. Kata orang medan sengsara. Namun bagi Sakinah dan Mawaddah, perpisahan mengajar mereka erti kehidupan. Perpisahan mendidik mereka makna ketabahan untuk menjadi dewasa. Berkali-kali sepanjang usia mereka perpisahan datang menerpa.   Namun jika bukan diri sendiri yang mengheret kaki untuk terus melangkah, lantas siapakah yang harus disandar harapan untuk memimpin tangan mendorong ikhtiar untuk hidup yang seterusnya? Sakinah dan Mawaddah, dua beradik yang terpisah kerana kerenah manusia. Namun mereka tetap cekalkan hati, terus berjalan mengembara atas dunia. Kerana janji Allah itu pasti. “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan kuperkenankan permintaanmu.” Mereka percaya doa mereka untuk kembali bertemu akan termakbul jua akhirnya. Kerana Sakinah dan Mawaddah adalah pelengkap kepada sebuah perasaan yang indah. Sakinah, ketenangan. Mawaddah, kasih sayang.

No comments:

Post a Comment