Saturday, July 28, 2012

Kini Kembali..Biskut Raya 2012 Tradisional dan Moden.

~:: Terima kasih kepada yg dah order (^_^)


Tempahan dibuka sekarang hingga 04/08/2012.Keutamaan diberi kepada anda yg tinggal di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor kerana kami tidak menyediakan perkhidmatan pos.Kos penghantaran akan dikenakan.Semua tempahan InsyaAllah akan dpt pada 11 dan 12 /08/12.Kami akan hubungi anda terlebih dahulu.Pembayaran hendaklah dibuat sebelum penerimaan barangan.Maklumat pembayaran hanya diberi kpd serious buyer sahaja.Sebarang pertanyaan anda boleh email ke teratakbondazq@gmail.com atau contact no 012-603 2948
(Pn. Mazura). Boleh juga rujuk fb kami Teratak Bonda


Tempeyek 
  • Tempeyek Biasa ( ikan bilis+kacang)
  • Tempeyek Ikan Bilis sahaja.
  • Tumpi Kacang Hijau.
  • Tumpi Kacang Dal. 
Kuantiti setiap bekas 50 pcs/keping. Harga RM 17.
(tidak termasuk kos penghantaran)



Samperit
Samperit yg kami jual adalah perisa original.Bukan perisa pandan.
Kuantiti 60 pcs/keping.
Harga RM 23 (tidak termasuk kos penghantaran).



Biskut Senyum
Kuantiti 60 pcs/keping.
Harga RM 23 (tidak termasuk kos penghantaran).




Biskut Jambu
Kuantiti  55 pcs / keping 
Harga : 23 (tidak termasuk kos penghantaran)



Bunga Ros / Loyang

Kuantiti 40 pcs /keping
Harga : RM 15 (tidak termasuk kos penghantaran)



Almond London
Kuantiti 50 pcs / keping
Harga : RM 23 (tidak termasuk kos penghantaran)

Tart Nenas
Kuantiti 50 pcs /keping
Harga : RM 23 (tidak termasuk kos penghantaran)

 ~:: InsyaAllah semua biskut  kami pasti memuaskan hati.Rasa yg enak dan rangup.Harga yg amat berpatutan.Dijamin Halal,Sedap dan Bersih. (^_^)

Andai Engkau Tahu Bimbinglah Dirimu Dengan Doa dan Zikir



Kod Produk :TBBK1214


Harga  : RM6.00


Sinopsis :
 
Buku ini disusun supaya dapat dijadikan panduan setiap individu untuk membimbing mendekatkan diri kepada Allah SWT. Bimbingan dalam bentuk doa ini mencakupi sebahagian besar keperluan dalam kehidupan harian manusia dengan doa dan zikir. Meminta kepada Allah SWT bermakna hati mengakui hakikat ketuhanan.



Kerana hati yang keras dan disaluti dengan dosa begitu angkuh meminta. Buku ini mengandungi aspek Bimbinglah Dirimu dengan Doa dan Zikir, Ibadatku Mukmin, Malamku Mukmin, Pagiku Mukmin, Zuriatku Mukmin, Rumahku Mukmin dan Bumiku Mukmin.

Resepi 30 Minit Chef Kamarul


antara menu dlm buku ni...

Apa yg menariknya dlm buku ni diterangkan tip menguruskan dapur,kenali bahan asas,paling penting kesucian makanan serta byk lagi.Dlm buku ni juga ada resepi pagi,makan tengah hari,minum petang dan snek,makan malam,pemanis mulut dan minuman.Bahan-bahan masaknya pula mudah nak cari xpayah pening2 dengan bahasa bahan yg kita tidak faham.Harga yg berpatutan dan mampu untuk anda beli.

P/S : Apa yg penting..memudahkan tugasan memasak anda! ( ^ _ ^)

Penulis : Chef Kamarul
Harga  : RM 25.90
Sinopsis :
Resepi yang dikemukakan ringkas tetapi sedap,bermutu,pelbagai dan menarik.
Manusia akhir-akhir ini memerlukan masakan yang cepat kerana masa seolah-olah menjadi bertambah pendek dalam dunia perlumbaan hari ini.
Disini juga ada tip mengurus dapur termasuk kaedah menyediakan masakan dengan teratur,cepat,kemas dan bersih.

Saturday, July 21, 2012

Solusi isu 46 “Taubat Sebelum Terlambat”


Sepintas lalu...


Harga : RM 10.00

Antara yg menarik...

Firman Allah yg bermaksud:
 “Sesungguhnya Allah mencintai orang yg banyak bertaubat.”
 (Surah al-Baqarah 2:222)


 
Rasulullah bersabda yg bermaksud:
‘Sesungguhnya, malaikat di sebelah kiri akan mengangkat penanya selama enam jam (tidak menulis lagi dosa tersebut) terhadap hamba Muslim yg membuat kesalahan. Jika dia menyesal dan meminta ampun kepada Allah daripada dosa tersebut, maka akan ‘dilemparkan’ sahaja dosa tersebut. Jika dia tidak membuat sedemikian, maka akan ditulis satu dosa.”
(Riwayat al-Tabarani)

 
ISU : Bertaubatlah Sebelum Terlambat

 
Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud: “Seorang Mukmin jika berbuat dosa, maka ternodalah hatinya dengan satu titik berwarna hitam. Jika dia bertaubat meninggalkannya dan beristighfar, hatinya akan kembali jernih. Jika dosanya itu bertambah-tambah, maka titik hitam itu pun bertambah sehingga menutup hatinya . Maka itulah penutup yang disebut Allah dalam al-Quran.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Baihaqi)

 
Abdullah bin Umar mengingatkan: “Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu hanya menungu tiba waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah kamu hanya menunggu tiba waktu petang. Dan ambillah kesempatan masa sihatmu untuk persiapan masa sakitmu, dan masa hidupmu untuk persiapan kematianmu.” (Riwayat al-Bukhari)

 
Renungilah kata-kata Imam al-Ghazali rhm. Ini kepada anaknya: “Wahai anak, sebahagian nasihat daripada Rasulullah s.a.w. kepada umatnya ; tanda bahawa Allah berpalng daripada seseorang adalah apabila dia membuang waktu untuk sesuatu yg tidak bermanfaat dan jika seseorang hilang sebentar sahaja dari umurnya dalam mengerjakan sesuatu yg dilarang oleh Allah, maka sesungguhnya merupakan penyesalan, dan sesiapa yg telah berumur lebih 40 tahun, tetapi kebaikannya belum mengalahkan kejahatannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka. Rasanya cukup bagi ahli ilmu apa yang terkandung dalam nasihat ini.”

 
Berita Baik Untuk Orang Yang Bertaubat

 
  • Petua kejayan.
  • Lupus dosa.
  • Keburukan diganti dengan kebaikan.
  • Anugerah dan nikmat.
  • Dicintai Allah.
 ~:: Huraian penuh di dalam Solusi isu 46…

 
KIASAN : Umpama 1000 Bulan

 
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Qadr ayat 1-5 yg bermaksud:

 
“Sesungguhnya, Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr. Dan apakah jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibrail turun dengan izin Tuhan mereka, untuk membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yg berikut). Sejahteralah malam (yg berkat) itu hingga terbit fajar.”

 
TIB NABAWI : Kuasa Wuduk Menghindari Penyakit

 
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yg bermaksud:

 
“Apabila seseorang Muslim atau Mukmin berwuduk, maka setelah dia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yg telah dilihat oleh kedua-dua matanya melalui air atau bersama titisan air yg terakhir. Ketika membasuh kedua-dua tangannya, keluarlah dosa dari kedua-dua tangannya bersama air atau titisan air yg terakhir. Sewaktu dia membasuh kakinya, keluarlah setiap dosa yg dilangkah oleh kedua-dua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah dia selesai berwuduk, dia bersih daripada dosa-dosanya.”

 
MUHASABAH : Siap atau Sempurna?

 
Apakah perbezaan antara “sudah siap” dan “sudah sempurna” ? Ada perbezaan besar antara kedua-duanya. Sudah siap tidak semestinya sempurna, tetapi jika sudah sempurna, itu tandanya sudah siap.

 
Pencapaian kerjaya seseorang diukur dengan KPI (Key Performance Index).Kualiti sesuatu produk pula boleh dipantau oleh SIRIM. Kemantapan penguruan sesebuah institusi boleh disahkan oleh ISO. Namun, kualiti ibadah, mampukah kita nilai sebelum ditimbang di mizan?

 
Apa kata kita laksanakan satu konsep yg mudah; sempurnakan ibadah, bukan sahaja melaksanakan sehingga selesai. Itulah yang akan menentukan kualiti ibadah kita terjaga.

 
Apa salahnya cerewet sedikit dengan kualiti dan kuantiti ibadah kita. Untuk masuk ke dlaam syurga bukannya percuma bukan? Kita perlu “membayarnya” dengan “harga” tertentu terlebih dahulu di dunia. Lebih baik bersusah-susah dahulu di dunia, agar dapat bersenang-senang kemudian di akhirat. Jangan pula merana dek bersenang-senang dahulu di dunia, bersusah-susah kemudian di akhirat. Nauzubillah.

 
Mulai saat ini, pastikan ibadah kita sempurna; sebelum, semasa dan juga selepasnya. Sebelum dengan niat yg ikhlas dan ilmu yg mencukupi,semasa dengan penghayatan ibadah yg luar biasa dan seterusnya diakhiri dengan rasa takut dan berharap yg seimbang.

 
~:: semuanya best dalam Solusi isu 46..jgn lupa beli! ( ^ _ ^)

Al-Ustaz Isu 04 “Meluruskan Kekeliruan Hukum-Hakam Puasa”


Sepintas lalu...


Harga : RM 9.00

Antara yg menarik...

TADDABBUR & TAZAKKUR : Beradaplah Dengan Al-Quran


 
Baca Secara Senyap

 
Soalan: Saya pernah melihat orang “membaca” al-Quran secara senyap sambil jarinya bergerak menuruti ayat yg sedang dibaca.Bibirnya tidak bergerak pun . Adakah cara ini juga dikira sebagai membaca al-Quran?

 
Jawapan: Tidak. Bacaan yg dimaksudkan mestilah dengan menggerakkan bibir dan memperdengarkan suara walaupun perlahan hingga hanya dirinya sahaja yg boleh mendengarnya.

 
Nabi s.a.w. bersabda yg bermaksud: “Bacalah al-Quran kerana ia akan menjadi pemberi syafa’at kepada pembacanya pada akhirat kelak.” (Riwayat Muslim)

 
Maksud Nabi s.a.w. dalam hadis ini dijelaskan oleh hadis lain yg bermaksud: “Sesiapa yg membaca satu huruf al-Quran, maka baginya pahala satu kebaikan. Dan setiap kebaikan itu dilipat gandakan pula kepada sepuluh sepertinya.” (Riwayat al-Tirmizi)

 
Tegasnya di sini, seseorang itu tidak dianggap membaca al-Quran melainkan apabila dia melafazkan bacaannya hingga kedengaran oleh telinganya.

 
BELITAN IBLIS : Menghindari Tipu Daya Syaitan

 
Dalam sebuah hadis sahih, Nabi s.a.w. bersabda yg bermaksud: “Akan datang syaitan kepada kamu, lalu bertanya: ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?’ Lalu manusia menjawab: ‘Allah yang mencipta.’ Lalu syaitan bertanya lagi: ‘Allah yang menciptakan segala makhluk. Namun siapa pula mencipta Allah?’ Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya) : ‘Apabila didapati sedemikian, hendaklah seseorang itu berkata: ‘Aku beriman kepada Allah.” (Riwayat Muslim)

 
Dalam riwayat lain, Nabi s.a.w. menyatakan apabila syaitan mempersoalkan tentang pencipta Tuhanmu, maka hendaklah seseorang itu berlindung dengan Allah (daripada tipu daya syaitan itu) dan berhenti berfikir tentang perkara itu.

 
Kita perlu mengetahui segala helah dan tipu daya yg dilakukan oleh syaitan utk menyesatkan manusia. Tipu daya mereka boleh datang dlm bentuk kebaikan seperti mengingatkan manusia kpd Allah, namun pada masa yg sama ia menyuntik rasa was-was dalam hati manusia agar mempersoalkan keesaan Allah s.w.t.

 
KAMUS FIQAH

 
Apa erti Daar?

 
Daar ertinya rumah, daerah atau wilayah. Darul HArbi bererti wilayah peranag, atau wilayah yang dikuasai pihak musuh. Darul Islam bererti wilayah Islam, atau wilayah yang berada di dalam kekuasaan tentera Islam.

 
FOKUS : Perubatan Moden Dan Kesannya Pada Puasa

 
Rawatan Masuk Air atau Glukos

 
Soalan : Pada Ramadan tahun lepas saya diamsukkan ke wad salaam empat hari. Sepanjang waktu itu, badan saya menerima air dan gula melalui suntikan di tangan. Apa hokum berpuasa ketika itu? Air itu bukan melalui mulut pun. Dari satu segi pula, saya memang merasa bertenaga dan tidak letih ketika itu biarpun tidak makan minum. Barangkali disebabkan badan saya menerima air dan gula. Jadi saya inginkan kepastian.

 
Jawapan : Puasa itu batal. Ulama yg mengkaji kewajaran hokum syariat (ta’lil al-ahkam) di sebali larangan makan dan minum bagi orang berpuasa merumuskan bahawa ia bertujuan untuk menghalang sebarang zat makanan atau minuman yg akan memberi tenaga baru kepada tubuh.

 
Hikmahnya, Allah ingin melihat kesabaran dan kesungguhan hamba-Nya bertahan dalam keadaan tenaga badan semakin berkurangan. Sedangkan rawatan masuk air atau glukos ke badan sebenarnya memberi tenaga baru kepada tubuh biarpun ia tidak melalui mulut sekalipun.

 
BICARA MUSLIMAH : Memahat Kesabaran Pada Diri

 
Tip Orang Sabar 
  • Mengakui bahawa diri kita masih jauh daripada sifat sabar.
  • Menyedari bahawa kehidupan adalah medan ujian.
  • Mengetahui betapa hebatnya balasan buat orang yg sabar.
  • Tetap istiqamah melakukan amal soleh.
  • Beriman dan yakin dengan takdir Allah.
  • Mengikat diri dengan Allah melalui doa.
  • Lazimkan memerhati orang yang lebih susah daripada kita. 
  • Jaga pandangan lebih mudah untuk kita sabar mengawal nafsu.
~:: Huraian penuh di dlm al-Ustaz isu 04

 
KEMUSYKILAN REMAJA : Lelaki Memakai Cincin Emas Putih

 
Pengharaman memakai emas bagi lelaki amat jelas hukumnya. Begitu banyak dalil antaranya:

 
Ali bin Abu Talib r.a berkata: “Rasulullah s.a.w. mengambil sutera dan meletakkannya di sebelah kanan Baginda. Kemudian Baginda mengambil emas dan meletakkannya di sebelah kiri, lantas bersabda yg bermaksud: ‘Kedua-dua ini haram buat orang lelaki umatku.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain-lain)

 
Dalam riwayat Ibn Majah ada penambahan: “Halal buat orang perempuan.”

 
Nabi s.a.w. pernah melihat seorang lelaki memakai cincin emas, kemudian mencabut dan membuangnya ke tanah. Baginda pun bersabda yg bermaksud: “ Ada antara kamu yang sengaja mengambil bara api dan meletakkan di tangannya!”

 
Setelah Rasulullah pergi, dikatakan kepada lelaki tersebut: “Ambillah cincinmu kembali dan manfaatkannya.”

 
Dia menjawab: “Tidak! Demi Allah, saya tidak akan mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.” (Riwayat Muslim)

 
Ringkasnya: Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya memakai emas putih.

 
~:: Huraian penuh di dlm al-Ustaz isu 04…

 
~:: Bacaan lanjut dapatkan al-Ustaz isu 04..selamat menimba ilmu…
(^ _^)

Gen-Q isu 12 “ Ubah Stail Hidup; Hijrahkan Diri Menuju Ilahi”


Sepintas lalu...


Harga : RM 7.00

Antara yg menarik...

Ya Allah, Jauhkanlah Aku Dari Memandang kepada Maksiat



Daripada Buraidah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda kpd Ali r.a. yang bermaksud:


“Wahai Ali, janganlah kamu ekori pandangan mata (pada kali pertama) dengan pandangan (yang kedua atau lebih), kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu (iaitu: tidak dikira sebagai dosa). Tetapi, pandangan yg akhir (kali kedua atau lebih) itu bukanlah bagimu (iaitu: ia dikira satu dosa).”
(Riwayat Imam at-Tirmizi)

HIKMATUN BALIGHAH : Agar Kembara Di Jalan Yang Lurus


Seorang sahabat Rasulullah berbangsa Yahudi, Abdullah bin Salam, selepas memeluk Islam telah bermimpi. Dalam tidurnya beliau terlihat dirinya diperintahkan oleh seseorang agar melalui jalan lurus yg membawanya ke suatu kebun yg damai lg mengasyikkan keindahannya. Di hujungnya terdapat tiang yg tinggi menjulang ke langit. Setelah memanjatnya seperti yg diminta, beliau akhirnya berpegang kuat pada rantai drp emas di bahagian atas tiang. Nabi s.a.w. telah mentafsirkan mimpi itu bahawa jalan yg lurus itu ialah jalan ahli syurga, taman itu ialah kehidupan dalam Islam, tiang itu ialah perlaksanaan rukunnya, dan rantai emas itu ialah aqidah yg benar.


GLOSARI HIDUP : Muhasabah Ubah Stail Hidup (ISU)


Dalam surah al-Hasyr ayat 18-19 yg bermaksud:


“Wahai orang yg beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhati apa yg dia telah sediakan (drp amal-amalnya) utk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yg kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yg telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yg baik utk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang yg fasiq (derhaka).”


Imam Ibn Kathur menukilkan pandangannya terhadap ayat ini: “Setiap manusia harus bermuhasabah sebelum dihisab di akhirat nanti dan berusaha melihat apa yg bakal disediakan utk hari akhirat drp himpunan amalan. Inilah yg ingin dihasilkan menerusi proses muhasabah. Muhasabah dosa dan amal yg lalu dan muhasabah masa depan iaitu akhirat.”


MAU’IZATUL FITYAN : Belajar Mendengar…


Kekasih yg baik ialah pendengar yg baik. Justeru, untuk dikasihi, jadilah pendengar. Jangan biarkan mulut membuatkan telinga menjadi tuli. Maksudnya, jangan asyik hendak bercakap sehingga kita tidak mahu dan mampu mendengar cakap orang lain.


Mengikut kajian pakar psikologi, jiwa manusia memerlukan org lain mendengar cakapnya sama seperti jasadnya memerlukan makanan. Justeru, sekiranya kita sanggup manjadi pendengar yg baik, maka kita akan dpt ramai kawan. Ini kerana kita mampu memberikan apa yg diinginkan oleh jiwa setiap manusia. Percayalah, org yg hebat bukanlah org yg banyak bercakap, tetapi org yg banyak mendengar.


WIRAMA IMAN : Remaja Menanti Ramadan


Hikmah Berpuasa.


• Mengajar prinsip cinta kepada Allah s.w.t. Hal ini kerana apabila seseorang itu berpuasa, dia berpuasa kerana kedalaman cintanya kepada Allah s.w.t. Orang yg tulus mencintai Allah s.w.t. ialah orang yg tahu tentang hakikat cinta yg sebenar.


• Melengkapkan seseorang itu dengan satu pengharapan. Apabila seseorang itu berpuasa, dia mengharapkan Allah s.w.t. senang dengannya di samping mendapat rahmat drp Allah.


• Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. kerana berpuasa semata-mata untuk Allah s.w.t.


• Mengajar manusia erti kesabaran dan membuang sifat-sifat mazmumah dalam diri manusia.


• Membersihkan hati dan fikiran serta mengubah cara hidup.


• Mendisiplinkan diri.


• Mengajar erti kesusahan dan kehidupan, lalu mendatangkan keinsafan.


• Memantapkan kerohanian dan keimanan kepada Allah s.w.t.


MUHASABAH : Bahaya Mengata-ngata


Ubat Mengumpat Oleh Ibn Wahb al-Fihri


Anta kaedah yg amat berkesan utk mengelakkan diri drp terjebak dlm maksiat mengumpat ini adalah seperti yg dilakukan oleh Ibn Wahb al-Fihri. Tabii yg alim ini telah menghukum dirinya dengan berpuasa sunat dan menderma sebanyak satu dirham yg menyamai RM25 atas setiap umpatan yg dilakukan. Kebiasaan buruk ini akhirnya berjaya ditinggalkan kerana lemahnya tubuh utk berpuasa dan banyaknya wang yg terpaksa dikeluarkan setiap kali mengumpat.


DARI MINDA : Kunci Pagi


Allah s.w.t berfirman yg bermaksud:


“Tidakkah mereka memerhatikan burung yg mudah terbang di udara? Tiada yg menahannya (daripada jatuh) melainkan Allah. Sesungguhnya, ia menjadi tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yg beriman.” (Surah al-Nahl 16:79)


Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud:


“Agama itu mudah, dan sesiapa yg memberatkan dirinya dalam beragama tidak akan dpt meneruskannya dengan cara sebegitu. Jadi janganlah kalian melampau, tetapi cubalah menjadi sesempurna yg mungkin dan terimalah berita baik bahawa kalian akan diberi ganjaran dan mohonlah pertolongan pada waktu pagi,petang dan sebahagiannya malam” (Riwayat al-Bukhari)


~:: Ketahui banyak lg kisah-kisah menarik.Jangan lupa dapatkan Gen-Q isu 12! (^ _^)

Thursday, July 12, 2012

Al-Ustaz Isu 03 “Menguruskan Anak Tidak Sah Taraf”


Harga : RM 9.00

Apa yang menarik...

KALAM HIKMAH : Anak Amanah Allah



Firman Allah s.w.t. maksudnya:


“Wahai orang yg beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu drp api neraka yg bahan bakarnya ialah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yg kasar , keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa-apa yg diperintahkan-Nya kpd mereka dan selalu mengerjakan apa yg diperintahkan.”
(Surah al-Tahrim 66:6)

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :


“Perintahkan anak-anak kamu untuk mengerjakan solat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka (sekiranya enggan solat) ketika mereka berusia 10 tahun. Pisahkan tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan).”
(Riwayat Abu Daud)

MANTAP AQIDAH : Fenomena Takut Hantu


Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah: “Sesungguhnya hantu pernah mereka sebutkan di sisi Umar al-Khattab. Maka beliau berkata: ‘Bahawasanya tidak ada yg mampu utk merubah bentuk aslinya sebagaimana diciptakan Allah s.w.t mula-mula. Namun mereka mempunyai tukang sihir sebagaimana tukang sihir yg ada di antara kalian. Apabila kalian melihat hal itu, maka ucapkanlah azan pada mereka.” Al-Hafiz Ibn Hajar berkata:”Isnadnya sahih.” (Rujuk Fath al-Bari jil.6,hlm.344).


BELITAN IBLIS : Syaitan Lemah Dengan Orang Ikhlas


Allah berfirman yang bermaksud: “Iblis berkata: Wahai Tuhanku, kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba- Mu yang ikhlas (yang dibersihkan daripada sebarang syirik).” (surah al-Hijr ayat 39-40)


KUNCI ILMU


Daripada Ibn. Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kamu, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kamu untuk disentuh tangan-tangan saudara kamu. Jangan biarkan celah-celah ntuk dimasuki syaitan. Sesiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan sesiapa yang memutuskan saf,maka Allah memutuskannya.” (Riwayat Bukhari dan Abu Daud)


Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi jiwaku yg ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Riwayat Bukhari dan Abu Daud)


Tip Cara Untuk Memperoleh Ilmu.


1. Memohon kepada Allah agar dilimpahi ilmu yg bermanfaat.


2. Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan rindu akan ilmu.


3. Menjauhi diri dari seluruh perbuatan maksiat dengan cara bertakwa kepada Allah.


4. Tidak bersikap sombong dan tidak merasa malu dalam mencari ilmu.


5. Ikhlas dalam menuntut ilmu dan dalam mengamalkannya.


~::Huraian penuh sila rujuk dalam al-Ustaz 03


PANDUAN DOA MAKBUL


“Berdoalah kepada-Ku, pasti Aku kabulkan doamu.” (Surah al-Mukmin 40:60)


Orang yang Allah kabulkan isi hatinya tanpa berdoa


Allah s.w.t berfirman :

“Sesiapa yg disibukkan dengan membaca al-Quran dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu daripada-Ku, maka Aku akan memberikannya lebih baik daripada apa yg diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (al-Quran) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Tip Doa Makbul


Dalam surah al-Anbiya’ antara ayat 73 hingga 90, Allah merakamkan kisah para nabi dan doa-doa mereka yg dimakbulkan. Pada akhir ayat 90 Allah menyenaraikan tiga tabiat serupa para nabi yang menyebabkan doa mereka begitu makbul:


i) Sesungguhnya mereka sentiasa bersegera melakukan kebaikan.


ii) Sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan dan ketakutan.


iii) Sentiasa tunduk patuh kepada Kami.


~::Bacaan lanjut dapatkan al-Ustaz isu 03..selamat menimba ilmu…
(^ _^)

Al-Ustaz Isu 02 “Kasih Sayang Allah; Bagaimana mengukurnya?”


Harga : RM 9.00

Apa yg menarik...

ISU : Kasih Sayang Allah; Bagaimana mengukurnya?



“Sesungguhnya, Allah memiliki 100 rahmat…Allah s.w.t mengakhirkan (menangguhkan) 99 rahmat (yang berbaki) utk Dia merahmati hamba-Nya dengan rahmat itu pada hari kiamat.”

Rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t amat luas. Tiada sesiapa yang mampu memberikan kasih sayang seumpama Allah kpd makhluknya. Kasih sayang Allah yg begitu luas dpt kita lihat dgn berterusannya nikmat dan kurniaan Allah kpd hamba-Nya walaupun mereka melakukan sebesar-besar dosa dan maksiat.


TADDABBUR & TAZAKKUR : Iklaskan Diri Sebab Kita Orang Islam


Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hajj ayat ke 37, maksudnya: Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kpd Allah, tetapi yg sampai kepadaNya ialah amal yg ikhlas yg berdasarkan takwa dari kamu.


BELITAN IBLIS : Syaitan Golongan Mafia Dalam Kalangan Jin?


Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 16-17, maksudnya:


“Iblis berkata: ‘Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat, (maka) demi seseungguhnya aku akan mengambil tempat menghalang mereka (daripada menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.”


Menurut Ibn Qayyim, maksud ‘jalan yang lurus” dlm ayat diatas ialah Islam ialah; jalan yg membawa kpd Allah s.w.t . Ini bersesuaian dgn hadis yg bermaksud: “Sesungguhnya syaitan duduk (menghalang) anak Adam pada semua jalan.” (Riwayat Ahmad dan an-Nasa’i)


FIQAH ZAKAT : Orang Islam Yang Enggan Berzakat


Allah berfirman yang bermaksud:


“Sesungguhnya, zakat itu hanyalah untuk orang fakir,miskin,amil yg menguruskan zakat,golongan mualaf yg dijinakkan hatinya (dengan Islam), hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang yg berhutang, untuk jalan Allah dan orang yg sedang dalam perjalanan. Ia sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah. (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (surah Tawbah 9:60)


BUAT DIRIKU YG MUDAH LUPA : Usah Bersedih


Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ali Imran ayat 139 yang bermaksud:


“Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yg akan menimpa kamu), padahal kemulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yg (sungguh-sungguh) beriman.”


RUKHSAH BERMUSAFIR


Rukhsah ialah keringanan dalam beribadah. Ia merupakan sedekah drp Allah buat hamba-Nya.


Rasulullah bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu mengambil rukhsah Allah yang Dia berikan untuk kamu.” (Riwayat Muslim)


Sabda baginda lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah suka kamu mengambil rukhsah-Nya sebagaimana Dia benci kamu melanggar perintah-Nya.” (Riwayat Ahmad)


~::Bacaan lanjut dapatkan al-Ustaz isu 02..selamat menimba ilmu…
(^ _^)

Solusi isu 45 “Memilih Al-Fatih”


Harga : RM 10.00

(Back dated issues dikira 3 bulan kebelakang dr isu semasa.Harga

RM 9.Tertakluk kepada selagi stok masih ada.)
Apa yg menarik...

ISU : Siapa Di Sebalik Al-Fatih



Sultan Muhammad al-Fatih fasih bertutur dalam enam bahasa. Sejak kecil baginda sudah diajar dan dididik dengan ilmu agama. Panglima-pangliam tentera juga dijemput oleh ayahnya datang ke istana utk mengajarnya ilmu peperangan. Oleh sebab itu, sewaktu berumur 21 tahun baginda sudah mampu membebaskan kota Constantinople (kini Istanbul).Bacaan lanjut di dalam solusi isu 45…


MAHMUDAH : Ada Syurga Dalam Hati


Allah s.w.t berfirman, mafhumnya: “Sesiapa yg melakukan amal soleh sama ada lelaki ataupun perempuan dan dia beriman, maka Kami akan Menjadikan baginya hidup yg indah. Dan Kami akan memberikan ganjaran kpdnya dgn lebih baik drp apa yg mereka lakukan.” (Surah al-Nahl 16:97)


Imam al-Qurtubi berkata: “Tidaklah seseorang berpaling drp peringatan Tuhannya melainkan dunianya akan menjadi gelap, rezekinya terhalang dan kehidupannya menjadi semakin sempit.”


Punca kesusahan hati adalah percanggahan kehendak kita dgn kehendak Allah. Kita menghendaki sesuatu, tetapi Allah menghendaki sesuatu yg lain. Setiap yg berlaku tentulah dgn kehendak Allah, bukannya perkara yg kita kehendaki. Ketahuilah, Allah Maha Berkuasa, manakala kita hanya hamba yg lemah dan hina.


HAI ANAK : Anakku, Muliakan Jiran Kita


Mari mengingatkan ank-anak dengan sebuah hadis: “Rasulullah s.a.w didatangi seorang lelaki, dan beliau berkata: ‘Wahai Rasulullah, saya tinggal di kampung suku polan. Sesungguhnya, orang yg paling banyak membuat aniaya kpdku ialah org yg berjiran dgnku.’ Mendengarkan perkara ini, Rasulullah s.a.w mengutuskan Abu Bakar, Umar dan Ali supaya segera pergi ke masjid di pintunya. Maka, diperdengarkan dengan suara tegas: ‘Ingatlah kamu bahawa 40 buah rumah (di sekitar kamu) ialah jiran dan seseorang itu tidak akan masuk ke syurga jika menyebabkan jirannya takut kpd kecelakaan yg dilakukannya.” (Riwayat al-Tabarani)


FIQAH AMALI : Juruwang di Kedai Menjual Arak


Apakah hukum bekerja sebagai juruwang di kedai yg menjual minuman arak?


Jawapan: Jika jualan dilakukan secara langsung iaitu kedai tersebut hanya menjual arak, maka hukumnya haram.Walau bagaimanapun, makruh hukumnya jika jualan arak hanya sampingan dan dijual kpd org bukan Islam.


Namun demikian, lebih elok utk seseorang mengelakkan dirinya drp melibatkan diri dgn arak krn terdapat banyak tegahan dan larangan Allah s.w.t mengenai arak.


Hadis drp Anas bin Malik, mafhumnya: “Rasulullah s.a.w melaknat 10 golongan yg terlibat dgn arak iaitu pembuatnya, pengedarnya,peminumnya,pembawanya,pengirimnya,penuangnya,penjualnya,pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan pembelinya.” (Riwayat al-Tirmizi)


Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Wahai orang yg beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan bertenung nasib dengan anak-anak panah adalah perbuatan keji yg termasuk dlm perbuatan syaitan. Maka, jauhilah (perbuatan-perbuatan) tersebut agar kamu Berjaya.” (Surah al-Ma’idah 5:90)


Tidak dinafikan kedapatan ramai org Islam di negara kita yg bekerja di tempat-tempat yg menjual arak, tetapi carilah cara atau jalan keluar utk mengelak diri drp terjebak dgn masalah ini. Justeru, disarankan agar mencari pekerjaan lain yg hasilnya benar-benar halalseratus peratus. Janganlah kita memandang remeh tentang perkara ini.


Di samping itu, jangan terlalu memilih pekerjaan semata-mata utk kehidupan di dunia yg sementara ini. Bekerjalah dlm apa-apa bidang sekalipun, yg penting hasilnya seratus peratus halal tanpa keraguan.


Kita boleh lihat terdapat ada org yg bekerja sebagai pengutip barangan kitar semula seperti kertas, botol plastic, tin dan besi. Biarpun umum melihat pekerjaan yg kotor, tetapi ia bersih dan halal di sisi Allah s.w.t


~:: Semuanya best dalam Solusi isu 45..jgn lupa beli! ( ^ _ ^)

Solusi isu 44 “ Amar Makruf Nahi Mungkar”


Harga : RM 10.00

(Back dated issues dikira 3 bulan kebelakang dr isu semasa.Harga
RM 9.Tertakluk kepada selagi stok masih ada.)

Apa yg menarik...

ISU : Mencegah kemungkaran dengan kemungkaran?



Kejahatan akan bermaharajalela apabila org baik membisu dan kaku ketika berdepan dgn kemungkaran. Sebenarnya, mrk bukanlah org yg baik. Oleh sebab itu, hukama menegaskan bahawa org yg berdiam diri atas kemungkaran umpama syaitan yg bisu. Orang baik dalam erti kata sebenar ialah orang yang “soleh dan muslih” – baik dan membaikkan.


“Sesiapa drp kalangan kamu yg melihat kemungkaran, maka hendaklah dia megubahnya dgn tangan. Sekiranya dia tidak mampu,maka dia hendaklah mengubahnya dgn lidah. Jika tidak mampu, maka ubahlah ia dgn hati dan itulah selemah-lemah iman.” (Riwayat Ahmad,Muslim dan Abu Daud)


ANALOGI : Ibarat Sebuah Kapal


Realiti ini dinyatakan dlm hadis Rasulullah s.a.w dlm hadis Baginda. Daripada al-Nu’man bin Bashir, Baginda s.a.w bersabda,maksudnya:


“Perumpamaan org yg melaksanakan ajaran-ajaran Allah dan org yg melanggarnya adalah seperti kaum yg menaiki kapal dan belayar di lautan. Sebahagian drp mrk memperoleh tempat di atas dan sebahagian yg lain memperoleh tempat di bawah. Orang yg berada di bawah naik keatas utk mengambil air, mrk mengganggu org yg tinggal di atas. Kemudian org yg berada di atas berkata: “Kami tidak akan membenarkan kamu naik menyakiti kami.’ Lalu org yg berada di bawah berkata: ‘Sesungguhnya kami menebuk lubang pd kapal di bahagian bawah utk mengambil air.’ Kalau mereka menahan ‘tangan’ mereka dan mengcegah perbuatan mrk yg berada di bawah itu, mk selamatlah semuanya, tetapi sekiranya mrk membiarkan shj, mk mrk akn tenggelam kesemuanya.” (Riwayat al-Tirmizi)


Dalam analogi mudah ini, org yg duduk di bahagian bawah kapal ibarat ahli maksiat yg suka melakukan kerosakan. Di bahagian atas pula golongan yg melihat kemungkaran tetapi berdiam diri dan mencegahnya. Jika org yg berada di bahagian bawah kapal membuat lubang di kapal utk mengambil air, ia berisiko menenggelamkan kapal.


Jika kita berada di atas, adakah wajar kita hanya membiarkan shj perbuatan yg bersiko besar itu? Adakah kita hanya selesa menikmati sinaran matahari dan bayu laut dgn tidak mempedulikan keperluan dan perbuatan mrk di bahagian bawah?


Jika maksiat berleluasa, impak buruknya akan turut terkena tempias kpd org soleh. Jika bencana melanda dek Allah murka, org soleh juga tidak akn terkecuali.


Jadi, pilihan yg ada ialah sama ada diam ataupun bertindak.Pilihlah…


KATA DUA : Jgn Terlalu Benci, Jgn Terlampau Sayang…


Bagaimana sikap para pendakwah,pendidik dan pemimpin masyarakat masa kini? Adakah mrk mampu menegakkan yg makruf (kebaikan dan kebajikan) dan mencegah yg mungkar (kejahatan dan keburukan) bermula dgn mengubah sikap diri sendiri kemudian mengubah sikap org lain?


Siapa lg kalau bukan org agama dlm kerajaan yg boleh diharapkan utk menegur pemerintah dgn penuh berhikmah sepertimana yg dituntut oleh Rasulullah s.a.w menerusi sabda Baginda yg bermaksud:”Sesiapa yg ingin menasihati pihak berkuasa mengenai sesuatu perkara, mk jgnlah dia menyampaikan secara terang-terangan tetapi hendaklah dia memegang tangannya dan menyampaikan nasihatnya secara bersendirian.” ( Riwayat Ahmad dan al-Hakim)


Tidak kira sama ada melalui arus dari bawah atau angin perubahan dr atas, golongan agama dari dalam dan luar kerajaan seharusnya bijak menguruskan perbezaan agar masyarakat umum tidak terkeliru membezakan antara kebenaran dengan kebatilan. Jangan terlampau sayang, sehingga membela secara melampau. Dan jgn pula terlampau membenci sehingga ketandusan nilai diplomasi!


ULFAH : Doakan Kebaikan Orang Lain


Diriwayatkan drp Abu al-Darda’,Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud: “Doa seorang Muslim kpd saudaranya secara rahsia dan bukan di hadapannya sgt dimakbulkan. Di sisinya ada malaikat yg ditunjuk Allah. Setiap kali dia berdoa utk saudaranya dgn kebaikan, maka malaikat tersebut berkata(kepadanya): ‘Ya Allah, makbulkan ia dan (semoga) bagimu juga (mendapat balasan) seumpama itu.” (Riwayat Muslim)


~:: Semuanya best dalam Solusi isu 44..jgn lupa beli! ( ^ _ ^)

Gen-Q isu 11 “ Mencari Idola; kerana masa depanmu begitu bermakna”


Harga : RM 7.00

Apa yg menarik...

“Ya Allah, kurniakanlah aku peribadi yang baik agar aku dapat menjadi contoh kepada orang lain untuk tetap bertakwa kepada-Mu.”



SANTAI ILMU : Untungnya Menikmati Duha


Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:


“Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. Untuk itu, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah. Semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Duha.” (Riwayat Abu Dzar)


HIKMATUN BALIGHAH : Segera Berbuat Kebaikan


FirmanAllah s.w.t. dalam surah al-Ma’un ayat 1 hingga 7 yang bermaksud:

 “Tahukah engkau akan orang yg mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yg menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim. Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yg berhak diterima olehorang miskin. Maka kecelakaan besar bg orang yg sembahyang, (iaitu) mereka yg berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (Juga bagi) orang yg berkeadaan riyak ( dalam ibadat dan bawaannya). Dan orang yg tidak member sedikit pertolongan (kepada orang yg berhak mendapatkannya).”


KONGSI TIP : Adab Berbelanja


Salman al-Farisi berkata: “Janganlah kamu jadi orang yg pertama memasuki pasar dan yg terakhir keluar darinya, kerana pasar adalah tempat berkumpulnya syaitan dan itulah tempat mereka memasang bendera mereka.”

Adab Berbelanja:


• Hendaklah kita mengambil kira keperluan, kehendak dan kemampuan.


• Tidak digalakkan membawa wang yg melampau banyaknya kerana akan mengakibatkan perbelanjaan yg melampau pembazirannya.


• Dapatkan pandangan daripada mereka yg tahu tentang sesuatu barang yg ingin dibeli.


• Pastikan barang yg dibeli itu halal pada perspektif Islam.


• Jauhi penipuan dan penganiayaan seperti menawar harga yg terlalu rendah sehingga menzalimi hak penjual.


• Jujur dan amanah.


• Utamakan urus niaga dengan orang Islam melainkan setelah tiada pilihan.


GLOSARI HIDUP : Mencari Idola (ISU) atau Qudwah.


Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ahzab ayat ke-21 yg bermaksud:         

“ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yg baik, iaitu bg orang yg sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hati akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang).”


Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya ‘al-Fawaid’ mengungkapkan sebuah syair Arab yg bermaksud:

“Tirulah (serupa seperti) mereka jika kamu tidak mampu menjadi seperti mereka. Kerana menyerupai akan sifat orang-orang yg mulia itu merupakan satu kejayaan. “ Semua ini menunjukkan kalau ada yg ingin dijadikan contoh ikutan, maka tidak salah bg yg ingin mengikut itu menyerupai sifat-sifat mulia dan kebaikan yg ada untuk melakar kejayaan dalam kanvas hidup masing-masing.


KONGSI TIP : Manisnya Beribadah


Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud:


“Solat itu tiang agama (sesiapa mendirikannya bererti dia mendirikan agama, dan sesiapa yg meninggalkannya bererti dia meruntuhkannya).” (Riwayat al-Dailami)


Untuk Mendapatkan Khusyuk Dalam Solat:


• Sentiasa melaksanakan solat berjemaah (yang afdalnya di masjid).


• Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.


• Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.


• Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil.


• Memahami segala bacaan dalam solat.


• Membaca surah al-Nas, selawat dan istighfar sebelum mengangkat takbir.


• Mengingati mati dan membayangkan bahawa itulah solat yg terakhir.


SATU HARI SATU SUNNAH : Ketika Makan


1. Membaca bismillah terlebih dahulu.


2. Makna dengan tangan kanan.


3. Memulakan dengan mengambil makanan yg terdekat.


4. Membersihkan makanan yg terjatuh, kemudian memakannya.


5. Makan dengan tiga ruas jari.

Gen-Q isu 10 “ Berani Untuk Jujur”


Harga : RM 7.00

Apa yg menarik...

SANTAI ILMU : Jujur Dalam Perkataan



“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yg Allah telah tunjukkan kepadamu melalui wahyu-Nya; dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang yg khianat.” (Surah an-Nisa’ 4:105)-Riwayat at-Tirmizi dan Hakim.


HIKMATUN BALIGHAH : Golongan Yang Beroleh Syurga


Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Balad ayat 17-20 yang bermaksud:


“Dan tidak pula termasuk orang yg beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. (Ketahuilah orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yg tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh syurga). Dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yg ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).


TAMAN HADIS : 3 Pesanan Agar Hubunganmu Terpelihara


Diriwayatkan daripada Abu Dzar al-Ghifari beliau berkata:


“Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepadaku, (maksudnya): ‘Bertakwalah kepada Allah di mana-mana sahaja kamu berada, susulilah kejahatan dengan suatu kebaikan, dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yg baik.” (Riwayat al-Tirmizi)


GLOSARI HIDUP : Berani Untuk Jujur (ISU)


1) Jujurlah apabila diberi tanggungjawab.


2) Jujurlah apabila beramal.


3) Jujurlah apabila berkata-kata.


4) Jujurlah apabila berjuang.


5) Jujurlah apabila menyampaikan ilmu.


6) Jujurlah apabila mengadili.


7) Jujurlah apabila berdakwah.


~::Huraian penuh di dalam Gen-Q isu 10


MANTAP IMAN : Gapailah Kemanisan Yang Tulen!


Jujur itu perit di permulaan tetapi manis selamanya. Sedangkan bg mereka yg khianat akan menikmati kemanisan sementara di permulaan tetapi derita selamanya. Sifat manusia itu pelupa kerana manusia dijadikan tidak sempurna.Justeru dalam kehebatan yg ada, pujian drp org sekeliling dan kepercayaan yg diperoleh, agak sukar dan perit utk menghilangkan kesemua kehebatan tadi hanya untuk menunjukkan kita lemah, pelupa dan pelbagai lagi kekurangan yg lain.


FASTAQIM : Jujur Sampai ke Syurga


Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w dengan penuh kasih sayang menitip pesan dan panduan. Mafhum sabda Nabi s.a.w.: “Hendaklah kalian bersikap jujur kerana kebenaran dan kejujuran itu bakal memimpin seseorang ke arah kebaikan. Kebaikan itu pula akan menyampaikan seseorang itu ke syurga. Seseorang itu sentiasa tetap dengan kebenaran dan perilaku yang benar serta berusaha mencarinya sehingga ditulis di sisi Allah Taala sebagai orang yg suka berlaku benar (membenarkan imannya).” –(Muttafaq ‘alaih)


INFO DRP USTAZ : Konsep Berhias Bagi Wanita


Boleh berhias, tetapi…


• Pakaian tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit.


• Bukan menutup bahagian rambut sahaja, tetapi seluruh bahagian kecuali muka dan tapak tangan.


• Pakaian perlu longgar supaya tidak kelihatan bentuk badan.


• Tidak berjalan dengan lenggang-lenggok.


• Memakai wangi-wangian sekadar keperluan, bukannya untuk menarik perhatian lelaki.


Info sisi


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Mana-mana perempuan yang memakai minyak wangi, lalu dia berjalan di hadapan suatu kaum supaya mereka dapat menghidunya, maka dia adalah penzina.” (Riwayat al-Nasa’i)


~::Ketahui banyak lg kisah-kisah menarik.Jangan lupa dapatkan Gen-Q isu 10! (^ _^)