Saturday, July 21, 2012

Gen-Q isu 12 “ Ubah Stail Hidup; Hijrahkan Diri Menuju Ilahi”


Sepintas lalu...


Harga : RM 7.00

Antara yg menarik...

Ya Allah, Jauhkanlah Aku Dari Memandang kepada Maksiat



Daripada Buraidah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda kpd Ali r.a. yang bermaksud:


“Wahai Ali, janganlah kamu ekori pandangan mata (pada kali pertama) dengan pandangan (yang kedua atau lebih), kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu (iaitu: tidak dikira sebagai dosa). Tetapi, pandangan yg akhir (kali kedua atau lebih) itu bukanlah bagimu (iaitu: ia dikira satu dosa).”
(Riwayat Imam at-Tirmizi)

HIKMATUN BALIGHAH : Agar Kembara Di Jalan Yang Lurus


Seorang sahabat Rasulullah berbangsa Yahudi, Abdullah bin Salam, selepas memeluk Islam telah bermimpi. Dalam tidurnya beliau terlihat dirinya diperintahkan oleh seseorang agar melalui jalan lurus yg membawanya ke suatu kebun yg damai lg mengasyikkan keindahannya. Di hujungnya terdapat tiang yg tinggi menjulang ke langit. Setelah memanjatnya seperti yg diminta, beliau akhirnya berpegang kuat pada rantai drp emas di bahagian atas tiang. Nabi s.a.w. telah mentafsirkan mimpi itu bahawa jalan yg lurus itu ialah jalan ahli syurga, taman itu ialah kehidupan dalam Islam, tiang itu ialah perlaksanaan rukunnya, dan rantai emas itu ialah aqidah yg benar.


GLOSARI HIDUP : Muhasabah Ubah Stail Hidup (ISU)


Dalam surah al-Hasyr ayat 18-19 yg bermaksud:


“Wahai orang yg beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhati apa yg dia telah sediakan (drp amal-amalnya) utk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yg kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yg telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yg baik utk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang yg fasiq (derhaka).”


Imam Ibn Kathur menukilkan pandangannya terhadap ayat ini: “Setiap manusia harus bermuhasabah sebelum dihisab di akhirat nanti dan berusaha melihat apa yg bakal disediakan utk hari akhirat drp himpunan amalan. Inilah yg ingin dihasilkan menerusi proses muhasabah. Muhasabah dosa dan amal yg lalu dan muhasabah masa depan iaitu akhirat.”


MAU’IZATUL FITYAN : Belajar Mendengar…


Kekasih yg baik ialah pendengar yg baik. Justeru, untuk dikasihi, jadilah pendengar. Jangan biarkan mulut membuatkan telinga menjadi tuli. Maksudnya, jangan asyik hendak bercakap sehingga kita tidak mahu dan mampu mendengar cakap orang lain.


Mengikut kajian pakar psikologi, jiwa manusia memerlukan org lain mendengar cakapnya sama seperti jasadnya memerlukan makanan. Justeru, sekiranya kita sanggup manjadi pendengar yg baik, maka kita akan dpt ramai kawan. Ini kerana kita mampu memberikan apa yg diinginkan oleh jiwa setiap manusia. Percayalah, org yg hebat bukanlah org yg banyak bercakap, tetapi org yg banyak mendengar.


WIRAMA IMAN : Remaja Menanti Ramadan


Hikmah Berpuasa.


• Mengajar prinsip cinta kepada Allah s.w.t. Hal ini kerana apabila seseorang itu berpuasa, dia berpuasa kerana kedalaman cintanya kepada Allah s.w.t. Orang yg tulus mencintai Allah s.w.t. ialah orang yg tahu tentang hakikat cinta yg sebenar.


• Melengkapkan seseorang itu dengan satu pengharapan. Apabila seseorang itu berpuasa, dia mengharapkan Allah s.w.t. senang dengannya di samping mendapat rahmat drp Allah.


• Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. kerana berpuasa semata-mata untuk Allah s.w.t.


• Mengajar manusia erti kesabaran dan membuang sifat-sifat mazmumah dalam diri manusia.


• Membersihkan hati dan fikiran serta mengubah cara hidup.


• Mendisiplinkan diri.


• Mengajar erti kesusahan dan kehidupan, lalu mendatangkan keinsafan.


• Memantapkan kerohanian dan keimanan kepada Allah s.w.t.


MUHASABAH : Bahaya Mengata-ngata


Ubat Mengumpat Oleh Ibn Wahb al-Fihri


Anta kaedah yg amat berkesan utk mengelakkan diri drp terjebak dlm maksiat mengumpat ini adalah seperti yg dilakukan oleh Ibn Wahb al-Fihri. Tabii yg alim ini telah menghukum dirinya dengan berpuasa sunat dan menderma sebanyak satu dirham yg menyamai RM25 atas setiap umpatan yg dilakukan. Kebiasaan buruk ini akhirnya berjaya ditinggalkan kerana lemahnya tubuh utk berpuasa dan banyaknya wang yg terpaksa dikeluarkan setiap kali mengumpat.


DARI MINDA : Kunci Pagi


Allah s.w.t berfirman yg bermaksud:


“Tidakkah mereka memerhatikan burung yg mudah terbang di udara? Tiada yg menahannya (daripada jatuh) melainkan Allah. Sesungguhnya, ia menjadi tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yg beriman.” (Surah al-Nahl 16:79)


Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud:


“Agama itu mudah, dan sesiapa yg memberatkan dirinya dalam beragama tidak akan dpt meneruskannya dengan cara sebegitu. Jadi janganlah kalian melampau, tetapi cubalah menjadi sesempurna yg mungkin dan terimalah berita baik bahawa kalian akan diberi ganjaran dan mohonlah pertolongan pada waktu pagi,petang dan sebahagiannya malam” (Riwayat al-Bukhari)


~:: Ketahui banyak lg kisah-kisah menarik.Jangan lupa dapatkan Gen-Q isu 12! (^ _^)

No comments:

Post a Comment