Monday, June 25, 2012

Gen-q isu 09 " Mengubat Jiwa Kosong"

Harga    : RM 7.00

Sinopsis :
“Ya Allah, Tuhan yg membolak-balikkan hati, teguhkan hati-hati kami kepada agama-Mu dan tunjukkan kami kepada jalan ketaatan “
 Isu :Mengubat Jiwa Kosong 
Bagaimana utk mengatasi atau mengubat jiwa yg telah kosong?Mari kita selami ayat-ayat dlm kitab agung al-Quran:
  • Sentiasa beringat bahawa kita dilahirkan mulia.
  • Sentiasa beringat bahawa kita hidup bermasyarakat.
  • Sentiasa beringat bahawa amalan baik dibalas baik.
  • Sentiasa beringat bahawa kita disediakan dgn iman.
  • Sentiasa beringat bahawa kita perlu sentiasa menolak kejahatan.
  • Sentiasa beringat bahawa tidak leka drp berdoa.
  • Sentiasa beringat bahawa berjemaah di masjid.
----7 perkara diatas disertakan huraian..sila rujuk Gen-Q isu 09.
Tanyalah Cikgu: Tenggelam Dalam Budaya
Soalan:
Adakah salah saya meminati dan memakai baju berkonsep K-Pop?Apa bezanya dgn org lain yg meminati thrash,rock,hip hop,skin,dan sebagainya?Mereka juga ada pakaian dan cara tersendiri juga kan?Minta pendapat Cikgu…
---dapatkan jwpnnya  dgn terperinci bersama Cikgu Yaser.
Wazakkir(berilah peringatan):Berhibur Dengan 2D 2L
Apakah 2D 2L? ( ^ _ ^) iaitu
  • Doa-Berdoa kpd Pemilik Hati.
  • Dengar-Mendengar ayat Allah s.w.t
  • Laksana-Melaksanakan perintah Allah s.w.t
  • Lihat-Melihat ciptaan Allah s.w.t
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:”Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang (silih berganti) dan pada segala yg dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan-Nya) kpd kaum yg mahu bertakwa.” (Surah Yunus 10:6)
Nota Lekat
“Hikmah bermaksud pengetahuan ,falsafah ,kata-kata yg sesuai dgn kebenaran dan kenyataan.Kebijaksanaan dan kebenaran itu sendiri diberikan Allah kpd sesiapa yg dikehendaki.Mereka adalah orang yg sentiasa berbaik sangka kpd Allah seperti firman Allah yg bermaksud:”Aku bergantung pada sangkaan hamba-hamba-Ku.”-(Maksud Hadis)
----------Banyak isu yg menarik dlm Gen-q isu 09 ni..pengisian yg baik bukan hanya utk remaja sesuai juga utk semua peringkat usia..semoga hati kita sentiasa dibajai dgn bahan bacaan yg baik.

No comments:

Post a Comment