Monday, June 25, 2012

SOLUSI Isu No 28 " Tanpa Akhlak Rosak Ibadah"

Harga : RM 9.00 (Back dated issues hanya RM 8)

Sinopsis :

Akhlak ialah kebaikan yang datang daripada hati bukan untuk "ambil hati" .Ia sudah melepasi proses mujahadah.Oleh sebab itu, tidak ada kesukaran lagi untuk melakukannya.Yang payah jadi mudah kerana perlakuan baik itu sudah sebati dan serasi dengan diri.

Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud: "Dan seorang lelaki yang bersedekah lalu ia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan tangan kanannya."(Riwayat al-Bukhari) Maksudnya, akhlak itu bebas daripada sebarang unsur lakonan,riyak,munafik dan berpura-pura.

Akhlak tidak boleh disamakan dengan moral dan etika kerana prinsip syariat bukan semata-mata akal.Maksudnya,piawaian akhlak itu berdasarkan prinsip wahyu dan hadis yang sifatnya mutlak dan kekal sepanjang masa. Sebaliknya,prinsip moral dan etika yang bersandarkan pemikiran,falsafah,budaya atau adat -boleh berubah-ubah mengikut situasi,kondisi dan peredaran zaman. Ulasan lanjut sila dapatkan majalah SOLUSI isu 28 sekarang..

No comments:

Post a Comment