Monday, June 25, 2012

Gen-Q Isu 03 “Mengapa Doa Belum Dimakbulkan?”


Harga    : RM 7.00

Sinopsis:


Dari Meja Editor…Sentiasa Memohon Agar Dilindungi daripada Maksiat.




“Hati laksana benteng, benteng itu berpagar, dan pagar mempunyai pintu.Penghuni dalamnya ialah akal.Para malaikat sering berjaga di kawasan benteng itu.Tetapi di situ juga ada tempat bersembunyi yang akan didatangi oleh syaitan.”


…sentiasa berdoa agar dilindungi daripada gangguan syaitan yg tidak henti mencampakkan ‘gadget’ maksiat.Sesungguhnya doa adalah perisai Mukmin.


Renungan untuk diriku yang mudah lupa…


Ya Allah,Lindungilah Aku Dan Keluargaku Daripada Melakukan Dosa


Abdullah bin Abi Aufa r.a. menceritakan: Rasulullah s.a.w keluar bertemu kami pada suatu hari.Baginda duduk lalu bersabda yg bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada manusia,hendaklah dia berwuduk dan memperelokkan wuduknya,kemudian tunaikanlah solat dua rakaat,seterusnya memuji Allah,berselawat ke atas Nabi s.a.w dan mengucapkan,’Tiada Tuhan yang layak diperhambakan diri (ini) melainkan (kepada) Allah,Yang Maha Bijaksana,lagi Maha Mulia,Maha Suci Allah,Tuhan Arasy yang hebat.Segala puji bg Allah,Tuhan (yang menguruskan) semesta alam.Aku memohon kepada-Mu pemberian rahmat-Mu,kepastian keampunan-Mu,dan kemenangan daripada segala kebaikan,dan keselamatan drp segala dosa.Jangan biarkan diriku berdosa melainkan Kau ampunkan.Tiada kesusahan melainkan Kau bukakan jalan keluar.Jangan biarkan aku berhajat terhadap perkara yg Kau redai melainkan Kau tunaikan,wahai Yang Sebaik-baik Penyayang.” (Riwayat al-Tirmizi)


Taman Hadis


Solat Amalan Yang Pertama Dihisab


Sabda NAbi s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud:


“Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihisab pada seseorang hamba itu di hari kiamat ialah solatnya.Jika ia baik (dikerjakan),maka dia telah memperolehi kejayaan.Namun jika ia rosak (tidak dikerjakan atau dikerjakan dengan cara yang salah),maka dia telah memperolehi kerugian.”(Riwayat al-Tirmizi)


……….Banyak topic menarik bulan ni jadi jangan ketinggalan untuk mendapatkannya.Bagi anda yang ingin mendapatkan lebih banyak info atau pilihan buku-buku sila layari Teratak Ilmu


Selamat menambah ilmu dan amal!

No comments:

Post a Comment