Monday, June 25, 2012

Solusi Isu 29 - "Mencipta Syurga Rumahtangga"




Harga : RM 9.00 (Back dated issues hanya RM 8)




Sinopsis :

Perkahwinan hakikatnya bukan hanya penyatuan fikiran,perasaan & badan sahaja, tetapi ia adalah penyatuan hati.Soal hati terlalu rencam dan berubah-ubah.Hati dalam bahasa Arab dinamakan "qalb" yakni yg berbolak-balik sifatnya.Sifat berbolak-balik hati itulah yg gagal ditangani dalam alam berumah tangga sehingga menyebabkan suami isteri bercerai.


Hati tidak boleh diurus dan lurus dengan sesuatu yg berbentuk fizikal dan meterial.Sesuatu yg seni dan maknawi mesti dibentuk dan dikawal oleh satu kuasa yg hebat dan kuat.Dalam konteks inilah Allah menegaskan melalui firman-Nya yg bermaksud: "Jika kamu membelanjakan segala yg ada dibumi ini, nescaya kamu tidak akan dapat menjinakkan hati manusia.Tetapi Allah jualah yg menjinakkan hati antara hati-hati mereka." (Surah al-Anfal 8:63)


Ayat al-Quran ini mengingatkan bahawa jika ingin menyatukan hati manusia umumnya dan hati antara suami dan isteri khususnya, maka hati-hati itu mestilah terlebih dahulu "dijinakkan"dengan mendekatkannya kepada Allah.Kemampuan menyatukan hati manusia ini hanya ada pada Allah.Hati yg berbolak-balik itu hanya akan tenteram dan tenang apabila dikenalkan, cinta dan takut kepada Allah.Itulah IMAN.Firman Allah yg bermaksud: "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah a-Ra'd 13:28)




Bacaan lanjut sila dapatkan solusi isu 29 sekarang.......:))

No comments:

Post a Comment