Monday, June 25, 2012

Solusi Isu 42 "Pasrah Dengan Istikharah"


Harga     : RM 10.00

Sinopsis :

Istikharah: Petunjuk Jitu Kala Keliru
Allah tidak membiarkan manusia terumbang-ambing tanpa panduan. Allah turunkan iman dan Islam sebagai rujukan utk manusia menjalani kehidupan. Allah yg mencipta manusia, maka Allahlah yg lebih mengetahui selok-belok permasalahan manusia. Lalu Allah turunkan syariat sebagai rujukan untuk manusia bertindak.
Bagaiman Iman Mempengaruhi Pilihan?
Kejayaan dlm kehidupan ditentukan oleh apa yg kita buat setiap hari. Perbuatan kita itu pula ditentukan oleh keputan yg dibuat oleh hati kita.Kejayaan merupakan suatu proses yg berjalan setiap hari. Ia bukan sebuah destinasi, sebaliknya suatu kembara. Antara satu peringkat dlm proses itu ialah bagaiman kita membuat pilihan.
Muhasabah : Tidak Pernah Jemu
Sedar tak sedar , rupanya dah beribu-ribu kali kita solat. Beribu-ribu kali juga kita renew(perbaharui) syahadah kita. Malah berbulan-bulan atau mungkin sudah bertahun-tahun kita berpuasa (jumlah puasa wajib atau sunat sepanjang hidup). Ada sesetengahnya yg sudah berkali-kali mengerjakan umrah atau naik haji.
Seandainya kita focus kpd solat, setiap hari paling tidak kita rukuk 17 kali, 34 kali sujud, lima kali mengangkat takbiratulihram dan member salam. Bukan itu sahaja, malah kita mengulangi bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali, bertakbir hampir 100 kali, malah banyak lagi bacaan lain yg dibaca berulang kali dan tidak pernah berubah.
Pernahkah kita jemu dgn semua itu? Pernahkah jemu membaca surah dan ayat al-Quran yg sama? Pernahkah jemu bertawaf dan menunaikan pelbagai rukun haji dan umrah yg lain? Tidak pernahkan?
Hakikatnya ibadah itu makanan roh yg amat diperlukan dari semasa ke semasa. Makin dikerjakan ibadah wajib, makin terasa lazatnya, malah mungkin makin “ketagih”.
Ibadah tidak pernah menjemukan. Yang jemu hanyalah hati yang kian jauh drp rahmat Allah s.w.t. Yang jemu hanyalah hati yg terlalu mencintai dunia.  
*Banyak lg yg menarik, jgn ketinggalan utk dapatkan majalah Solusi! J

No comments:

Post a Comment