Showing posts with label Majalah Gen-Q. Show all posts
Showing posts with label Majalah Gen-Q. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Gen-Q isu 12 “ Ubah Stail Hidup; Hijrahkan Diri Menuju Ilahi”


Sepintas lalu...


Harga : RM 7.00

Antara yg menarik...

Ya Allah, Jauhkanlah Aku Dari Memandang kepada Maksiat



Daripada Buraidah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda kpd Ali r.a. yang bermaksud:


“Wahai Ali, janganlah kamu ekori pandangan mata (pada kali pertama) dengan pandangan (yang kedua atau lebih), kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu (iaitu: tidak dikira sebagai dosa). Tetapi, pandangan yg akhir (kali kedua atau lebih) itu bukanlah bagimu (iaitu: ia dikira satu dosa).”
(Riwayat Imam at-Tirmizi)

HIKMATUN BALIGHAH : Agar Kembara Di Jalan Yang Lurus


Seorang sahabat Rasulullah berbangsa Yahudi, Abdullah bin Salam, selepas memeluk Islam telah bermimpi. Dalam tidurnya beliau terlihat dirinya diperintahkan oleh seseorang agar melalui jalan lurus yg membawanya ke suatu kebun yg damai lg mengasyikkan keindahannya. Di hujungnya terdapat tiang yg tinggi menjulang ke langit. Setelah memanjatnya seperti yg diminta, beliau akhirnya berpegang kuat pada rantai drp emas di bahagian atas tiang. Nabi s.a.w. telah mentafsirkan mimpi itu bahawa jalan yg lurus itu ialah jalan ahli syurga, taman itu ialah kehidupan dalam Islam, tiang itu ialah perlaksanaan rukunnya, dan rantai emas itu ialah aqidah yg benar.


GLOSARI HIDUP : Muhasabah Ubah Stail Hidup (ISU)


Dalam surah al-Hasyr ayat 18-19 yg bermaksud:


“Wahai orang yg beriman! Bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhati apa yg dia telah sediakan (drp amal-amalnya) utk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yg kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yg telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yg baik utk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang yg fasiq (derhaka).”


Imam Ibn Kathur menukilkan pandangannya terhadap ayat ini: “Setiap manusia harus bermuhasabah sebelum dihisab di akhirat nanti dan berusaha melihat apa yg bakal disediakan utk hari akhirat drp himpunan amalan. Inilah yg ingin dihasilkan menerusi proses muhasabah. Muhasabah dosa dan amal yg lalu dan muhasabah masa depan iaitu akhirat.”


MAU’IZATUL FITYAN : Belajar Mendengar…


Kekasih yg baik ialah pendengar yg baik. Justeru, untuk dikasihi, jadilah pendengar. Jangan biarkan mulut membuatkan telinga menjadi tuli. Maksudnya, jangan asyik hendak bercakap sehingga kita tidak mahu dan mampu mendengar cakap orang lain.


Mengikut kajian pakar psikologi, jiwa manusia memerlukan org lain mendengar cakapnya sama seperti jasadnya memerlukan makanan. Justeru, sekiranya kita sanggup manjadi pendengar yg baik, maka kita akan dpt ramai kawan. Ini kerana kita mampu memberikan apa yg diinginkan oleh jiwa setiap manusia. Percayalah, org yg hebat bukanlah org yg banyak bercakap, tetapi org yg banyak mendengar.


WIRAMA IMAN : Remaja Menanti Ramadan


Hikmah Berpuasa.


• Mengajar prinsip cinta kepada Allah s.w.t. Hal ini kerana apabila seseorang itu berpuasa, dia berpuasa kerana kedalaman cintanya kepada Allah s.w.t. Orang yg tulus mencintai Allah s.w.t. ialah orang yg tahu tentang hakikat cinta yg sebenar.


• Melengkapkan seseorang itu dengan satu pengharapan. Apabila seseorang itu berpuasa, dia mengharapkan Allah s.w.t. senang dengannya di samping mendapat rahmat drp Allah.


• Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. kerana berpuasa semata-mata untuk Allah s.w.t.


• Mengajar manusia erti kesabaran dan membuang sifat-sifat mazmumah dalam diri manusia.


• Membersihkan hati dan fikiran serta mengubah cara hidup.


• Mendisiplinkan diri.


• Mengajar erti kesusahan dan kehidupan, lalu mendatangkan keinsafan.


• Memantapkan kerohanian dan keimanan kepada Allah s.w.t.


MUHASABAH : Bahaya Mengata-ngata


Ubat Mengumpat Oleh Ibn Wahb al-Fihri


Anta kaedah yg amat berkesan utk mengelakkan diri drp terjebak dlm maksiat mengumpat ini adalah seperti yg dilakukan oleh Ibn Wahb al-Fihri. Tabii yg alim ini telah menghukum dirinya dengan berpuasa sunat dan menderma sebanyak satu dirham yg menyamai RM25 atas setiap umpatan yg dilakukan. Kebiasaan buruk ini akhirnya berjaya ditinggalkan kerana lemahnya tubuh utk berpuasa dan banyaknya wang yg terpaksa dikeluarkan setiap kali mengumpat.


DARI MINDA : Kunci Pagi


Allah s.w.t berfirman yg bermaksud:


“Tidakkah mereka memerhatikan burung yg mudah terbang di udara? Tiada yg menahannya (daripada jatuh) melainkan Allah. Sesungguhnya, ia menjadi tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yg beriman.” (Surah al-Nahl 16:79)


Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud:


“Agama itu mudah, dan sesiapa yg memberatkan dirinya dalam beragama tidak akan dpt meneruskannya dengan cara sebegitu. Jadi janganlah kalian melampau, tetapi cubalah menjadi sesempurna yg mungkin dan terimalah berita baik bahawa kalian akan diberi ganjaran dan mohonlah pertolongan pada waktu pagi,petang dan sebahagiannya malam” (Riwayat al-Bukhari)


~:: Ketahui banyak lg kisah-kisah menarik.Jangan lupa dapatkan Gen-Q isu 12! (^ _^)

Thursday, July 12, 2012

Gen-Q isu 11 “ Mencari Idola; kerana masa depanmu begitu bermakna”


Harga : RM 7.00

Apa yg menarik...

“Ya Allah, kurniakanlah aku peribadi yang baik agar aku dapat menjadi contoh kepada orang lain untuk tetap bertakwa kepada-Mu.”



SANTAI ILMU : Untungnya Menikmati Duha


Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:


“Setiap tulang sendi seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. Untuk itu, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah. Semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Duha.” (Riwayat Abu Dzar)


HIKMATUN BALIGHAH : Segera Berbuat Kebaikan


FirmanAllah s.w.t. dalam surah al-Ma’un ayat 1 hingga 7 yang bermaksud:

 “Tahukah engkau akan orang yg mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yg menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim. Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yg berhak diterima olehorang miskin. Maka kecelakaan besar bg orang yg sembahyang, (iaitu) mereka yg berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (Juga bagi) orang yg berkeadaan riyak ( dalam ibadat dan bawaannya). Dan orang yg tidak member sedikit pertolongan (kepada orang yg berhak mendapatkannya).”


KONGSI TIP : Adab Berbelanja


Salman al-Farisi berkata: “Janganlah kamu jadi orang yg pertama memasuki pasar dan yg terakhir keluar darinya, kerana pasar adalah tempat berkumpulnya syaitan dan itulah tempat mereka memasang bendera mereka.”

Adab Berbelanja:


• Hendaklah kita mengambil kira keperluan, kehendak dan kemampuan.


• Tidak digalakkan membawa wang yg melampau banyaknya kerana akan mengakibatkan perbelanjaan yg melampau pembazirannya.


• Dapatkan pandangan daripada mereka yg tahu tentang sesuatu barang yg ingin dibeli.


• Pastikan barang yg dibeli itu halal pada perspektif Islam.


• Jauhi penipuan dan penganiayaan seperti menawar harga yg terlalu rendah sehingga menzalimi hak penjual.


• Jujur dan amanah.


• Utamakan urus niaga dengan orang Islam melainkan setelah tiada pilihan.


GLOSARI HIDUP : Mencari Idola (ISU) atau Qudwah.


Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ahzab ayat ke-21 yg bermaksud:         

“ Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yg baik, iaitu bg orang yg sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hati akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (dalam masa susah dan senang).”


Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya ‘al-Fawaid’ mengungkapkan sebuah syair Arab yg bermaksud:

“Tirulah (serupa seperti) mereka jika kamu tidak mampu menjadi seperti mereka. Kerana menyerupai akan sifat orang-orang yg mulia itu merupakan satu kejayaan. “ Semua ini menunjukkan kalau ada yg ingin dijadikan contoh ikutan, maka tidak salah bg yg ingin mengikut itu menyerupai sifat-sifat mulia dan kebaikan yg ada untuk melakar kejayaan dalam kanvas hidup masing-masing.


KONGSI TIP : Manisnya Beribadah


Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud:


“Solat itu tiang agama (sesiapa mendirikannya bererti dia mendirikan agama, dan sesiapa yg meninggalkannya bererti dia meruntuhkannya).” (Riwayat al-Dailami)


Untuk Mendapatkan Khusyuk Dalam Solat:


• Sentiasa melaksanakan solat berjemaah (yang afdalnya di masjid).


• Menjaga makanan dan minuman agar terjamin halalnya.


• Membanyakkan sedekah kepada fakir miskin.


• Jangan bersolat dengan menangguh untuk membuang air besar atau air kecil.


• Memahami segala bacaan dalam solat.


• Membaca surah al-Nas, selawat dan istighfar sebelum mengangkat takbir.


• Mengingati mati dan membayangkan bahawa itulah solat yg terakhir.


SATU HARI SATU SUNNAH : Ketika Makan


1. Membaca bismillah terlebih dahulu.


2. Makna dengan tangan kanan.


3. Memulakan dengan mengambil makanan yg terdekat.


4. Membersihkan makanan yg terjatuh, kemudian memakannya.


5. Makan dengan tiga ruas jari.

Gen-Q isu 10 “ Berani Untuk Jujur”


Harga : RM 7.00

Apa yg menarik...

SANTAI ILMU : Jujur Dalam Perkataan



“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yg Allah telah tunjukkan kepadamu melalui wahyu-Nya; dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang yg khianat.” (Surah an-Nisa’ 4:105)-Riwayat at-Tirmizi dan Hakim.


HIKMATUN BALIGHAH : Golongan Yang Beroleh Syurga


Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Balad ayat 17-20 yang bermaksud:


“Dan tidak pula termasuk orang yg beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. (Ketahuilah orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yg tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh syurga). Dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. Mereka ditimpakan (azab seksa) neraka yg ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).


TAMAN HADIS : 3 Pesanan Agar Hubunganmu Terpelihara


Diriwayatkan daripada Abu Dzar al-Ghifari beliau berkata:


“Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepadaku, (maksudnya): ‘Bertakwalah kepada Allah di mana-mana sahaja kamu berada, susulilah kejahatan dengan suatu kebaikan, dan berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yg baik.” (Riwayat al-Tirmizi)


GLOSARI HIDUP : Berani Untuk Jujur (ISU)


1) Jujurlah apabila diberi tanggungjawab.


2) Jujurlah apabila beramal.


3) Jujurlah apabila berkata-kata.


4) Jujurlah apabila berjuang.


5) Jujurlah apabila menyampaikan ilmu.


6) Jujurlah apabila mengadili.


7) Jujurlah apabila berdakwah.


~::Huraian penuh di dalam Gen-Q isu 10


MANTAP IMAN : Gapailah Kemanisan Yang Tulen!


Jujur itu perit di permulaan tetapi manis selamanya. Sedangkan bg mereka yg khianat akan menikmati kemanisan sementara di permulaan tetapi derita selamanya. Sifat manusia itu pelupa kerana manusia dijadikan tidak sempurna.Justeru dalam kehebatan yg ada, pujian drp org sekeliling dan kepercayaan yg diperoleh, agak sukar dan perit utk menghilangkan kesemua kehebatan tadi hanya untuk menunjukkan kita lemah, pelupa dan pelbagai lagi kekurangan yg lain.


FASTAQIM : Jujur Sampai ke Syurga


Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w dengan penuh kasih sayang menitip pesan dan panduan. Mafhum sabda Nabi s.a.w.: “Hendaklah kalian bersikap jujur kerana kebenaran dan kejujuran itu bakal memimpin seseorang ke arah kebaikan. Kebaikan itu pula akan menyampaikan seseorang itu ke syurga. Seseorang itu sentiasa tetap dengan kebenaran dan perilaku yang benar serta berusaha mencarinya sehingga ditulis di sisi Allah Taala sebagai orang yg suka berlaku benar (membenarkan imannya).” –(Muttafaq ‘alaih)


INFO DRP USTAZ : Konsep Berhias Bagi Wanita


Boleh berhias, tetapi…


• Pakaian tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit.


• Bukan menutup bahagian rambut sahaja, tetapi seluruh bahagian kecuali muka dan tapak tangan.


• Pakaian perlu longgar supaya tidak kelihatan bentuk badan.


• Tidak berjalan dengan lenggang-lenggok.


• Memakai wangi-wangian sekadar keperluan, bukannya untuk menarik perhatian lelaki.


Info sisi


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Mana-mana perempuan yang memakai minyak wangi, lalu dia berjalan di hadapan suatu kaum supaya mereka dapat menghidunya, maka dia adalah penzina.” (Riwayat al-Nasa’i)


~::Ketahui banyak lg kisah-kisah menarik.Jangan lupa dapatkan Gen-Q isu 10! (^ _^)

Monday, June 25, 2012

Gen-q isu 09 " Mengubat Jiwa Kosong"

Harga    : RM 7.00

Sinopsis :
“Ya Allah, Tuhan yg membolak-balikkan hati, teguhkan hati-hati kami kepada agama-Mu dan tunjukkan kami kepada jalan ketaatan “
 Isu :Mengubat Jiwa Kosong 
Bagaimana utk mengatasi atau mengubat jiwa yg telah kosong?Mari kita selami ayat-ayat dlm kitab agung al-Quran:
  • Sentiasa beringat bahawa kita dilahirkan mulia.
  • Sentiasa beringat bahawa kita hidup bermasyarakat.
  • Sentiasa beringat bahawa amalan baik dibalas baik.
  • Sentiasa beringat bahawa kita disediakan dgn iman.
  • Sentiasa beringat bahawa kita perlu sentiasa menolak kejahatan.
  • Sentiasa beringat bahawa tidak leka drp berdoa.
  • Sentiasa beringat bahawa berjemaah di masjid.
----7 perkara diatas disertakan huraian..sila rujuk Gen-Q isu 09.
Tanyalah Cikgu: Tenggelam Dalam Budaya
Soalan:
Adakah salah saya meminati dan memakai baju berkonsep K-Pop?Apa bezanya dgn org lain yg meminati thrash,rock,hip hop,skin,dan sebagainya?Mereka juga ada pakaian dan cara tersendiri juga kan?Minta pendapat Cikgu…
---dapatkan jwpnnya  dgn terperinci bersama Cikgu Yaser.
Wazakkir(berilah peringatan):Berhibur Dengan 2D 2L
Apakah 2D 2L? ( ^ _ ^) iaitu
  • Doa-Berdoa kpd Pemilik Hati.
  • Dengar-Mendengar ayat Allah s.w.t
  • Laksana-Melaksanakan perintah Allah s.w.t
  • Lihat-Melihat ciptaan Allah s.w.t
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:”Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang (silih berganti) dan pada segala yg dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan-Nya) kpd kaum yg mahu bertakwa.” (Surah Yunus 10:6)
Nota Lekat
“Hikmah bermaksud pengetahuan ,falsafah ,kata-kata yg sesuai dgn kebenaran dan kenyataan.Kebijaksanaan dan kebenaran itu sendiri diberikan Allah kpd sesiapa yg dikehendaki.Mereka adalah orang yg sentiasa berbaik sangka kpd Allah seperti firman Allah yg bermaksud:”Aku bergantung pada sangkaan hamba-hamba-Ku.”-(Maksud Hadis)
----------Banyak isu yg menarik dlm Gen-q isu 09 ni..pengisian yg baik bukan hanya utk remaja sesuai juga utk semua peringkat usia..semoga hati kita sentiasa dibajai dgn bahan bacaan yg baik.

Gen-q Isu 08 " Bersahabat Sampai Ke Syurga"

Harga : RM 7.00

Sinopsis:

Perhatikan Siapa Sahabatmu…
Diriwayatkan drp Abu HUrairah r.a beliau berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, maksudnya: ‘Seorang Mukmin itu berada di atas agama (gaya hidup dan perilaku) sahabatnya. Maka, salah seorang drp kamu hendaklah memerhatikan dgn siapakah dia bersahabat.” (Riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud)
Ya Allah,lapangkanlah dadaku ini agar sentiasa mendoakan kebaikan kpd sahabat yg lain
“Itulah yg Allah gembirakan hamba-hamba-Nya yg beriman dan beramal soleh.Katakanlah:`Aku tidak meminta kpdmu upah utk ajaran Islam yg aku smapaikan itu, melainkan kasih mesra disebabkan pertalian kerabat.Dan sesiapa yg mengerjakan sesuatu yg baik, Kami tambahi kebaikan bgnya kebaikan itu.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lg sentiasa membalas dgn sebaik-baiknya .”-(Surah asy-Syura 42:23)
Bersahabat Dengan jujur
Ada beberapa perbuatan yg elok dan sgt baik utk kita ambil dan amalkan dlm persahabatan, ikutlah pesanan Rasulullah s.a.w :
Mempamerkan akhlak yg mulia apabila bersama org lain, sabda Nabi s.a.w: “Bergaullah dgn manusia dgn akhlak yg baik.”
Sentiasa memaafkan kesalahan org lain, sabda Nabi s.a.w :”Allah tidak menambah sesuatu ke atas seorang hamba pd kemaafan yg diberikannya melainkan kemuliaan.”
Mempraktikkan sikap malu Rasulullah s.a.w, sabdanya: “Malu itu sebahagian drp iman dan iman itu berada di dlm syurga.”
Mencari sahabat yg baik krn ia termasuk dlm ciri-ciri kebahagiaan seorang manusia berdasarkan sabda Nabi s.a.w drp Sayidina Ali.
Mengajak manusia ke arah kebaikan dunia dan akhirat, Abu Soleh berkata : “Seorang Mukmin itu adalah org yg bergaul dgnmu dgn baik, dan menunjukimu kpd kebaikan dlm agama dan duniamu.
*Banyak lg yg menarik, jgn ketinggalan utk dapatkan majalah Gen-q! J

Gen-Q Isu 03 “Mengapa Doa Belum Dimakbulkan?”


Harga    : RM 7.00

Sinopsis:


Dari Meja Editor…Sentiasa Memohon Agar Dilindungi daripada Maksiat.




“Hati laksana benteng, benteng itu berpagar, dan pagar mempunyai pintu.Penghuni dalamnya ialah akal.Para malaikat sering berjaga di kawasan benteng itu.Tetapi di situ juga ada tempat bersembunyi yang akan didatangi oleh syaitan.”


…sentiasa berdoa agar dilindungi daripada gangguan syaitan yg tidak henti mencampakkan ‘gadget’ maksiat.Sesungguhnya doa adalah perisai Mukmin.


Renungan untuk diriku yang mudah lupa…


Ya Allah,Lindungilah Aku Dan Keluargaku Daripada Melakukan Dosa


Abdullah bin Abi Aufa r.a. menceritakan: Rasulullah s.a.w keluar bertemu kami pada suatu hari.Baginda duduk lalu bersabda yg bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada manusia,hendaklah dia berwuduk dan memperelokkan wuduknya,kemudian tunaikanlah solat dua rakaat,seterusnya memuji Allah,berselawat ke atas Nabi s.a.w dan mengucapkan,’Tiada Tuhan yang layak diperhambakan diri (ini) melainkan (kepada) Allah,Yang Maha Bijaksana,lagi Maha Mulia,Maha Suci Allah,Tuhan Arasy yang hebat.Segala puji bg Allah,Tuhan (yang menguruskan) semesta alam.Aku memohon kepada-Mu pemberian rahmat-Mu,kepastian keampunan-Mu,dan kemenangan daripada segala kebaikan,dan keselamatan drp segala dosa.Jangan biarkan diriku berdosa melainkan Kau ampunkan.Tiada kesusahan melainkan Kau bukakan jalan keluar.Jangan biarkan aku berhajat terhadap perkara yg Kau redai melainkan Kau tunaikan,wahai Yang Sebaik-baik Penyayang.” (Riwayat al-Tirmizi)


Taman Hadis


Solat Amalan Yang Pertama Dihisab


Sabda NAbi s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud:


“Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihisab pada seseorang hamba itu di hari kiamat ialah solatnya.Jika ia baik (dikerjakan),maka dia telah memperolehi kejayaan.Namun jika ia rosak (tidak dikerjakan atau dikerjakan dengan cara yang salah),maka dia telah memperolehi kerugian.”(Riwayat al-Tirmizi)


……….Banyak topic menarik bulan ni jadi jangan ketinggalan untuk mendapatkannya.Bagi anda yang ingin mendapatkan lebih banyak info atau pilihan buku-buku sila layari Teratak Ilmu


Selamat menambah ilmu dan amal!

Gen-Q Isu 02 “ Cinta vs Cita-Cita”


Harga : RM 7.00

Sinopsis :“Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhan-ku,sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhan-ku.”(Surah al-Kahfi ayat 109)




Antara lembaran yang menarik isu kali ini:-


-Glosari Hidup


Amanah:Antara Cinta dan Cita-Cita


Dari sudut psikologi,perasaan cinta itu membuatkan timbulnya rasa percaya dan kasih yg akhirnya menerbitkan tanggungjawab atau amanah dlm percintaan.Simboliknya,perasaan cinta itu merangkumi pelbagai aspek dan amat luas perspektifnya.Maka kita satukan perasaan cinta itu dan kita jadikannya asas atau tiang untuk kita berpaut.Apakah tiangnya itu?Tiangnya adalah cinta kepada Islam.


Istiqamah Memelihara Amanah


Memelihara mata.


Memelihara telinga.


Memelihara lidah.


Memelihara perut.


Memelihara kemaluan.


Memelihara dua tangan.


Memelihara dua kaki.


~Kesemua ini ada huraiannya boleh baca lebih lanjut didalam Gen-Q isu 02…


-Wazakkir (Berilah Peringatan)


Kelebihan Memelihara Tanggungjawab.


Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud:


“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya,dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hokum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil.”


-Muhasabah (Menilai Diri)


Pulihara Dalam Pelihara


…Sebaik-baik teman adalah orang yang suka mengingatkan kesalahan kita,bukan yang membiarkan ketika kita berbuat salah…


-Tanyalah Ustaz


Memahami Batas Pergaulan


Aturan Pergaulan


~Menjaga pandangan dari kedua belah pihak.


~Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan.


~Mematuhi adab-adab muslimah.


………….Kesemua diats ada huraian terperinci..bagi adik-adik yg selalu belajar grup studi semoga huraian berikut dapat dijadikan panduan serta pedoman dlm meniti perjalanan sebagai seorang pelajar.


Semoga terus menjadikan Gen-Q sebagai bahan bacaan yg sentiasa dekat dihati…

Gen-Q Isu Perdana “Mencintai Keikhlasan”





Harga : RM 7.00




Sinopsis :

Generasi Al-Quran Kreatif (Gen-Q)
“Jika ditanya kepadaku tentang alam remaja, nescaya aku akan berkata: tiada kehidupan yang lebih singkat daripada menerima ilmu yang luas.”


(Ibnu Sina, ilmuwan Muslim)


“Ya Allah,berikanlah kepadaku manfaat atas segala yg Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yg memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku,syukur kepada-Mu atas segala perkara,aku memohon perlindungan-Mu daripada keadaan ahli neraka.”(Riwayat al-Tirmizi)




Apa itu Ikhlas?


Ungkapan ikhlas menggambarkan pengertian tentang bersih,jernih,murni dan suci daripada percampuran atau pencemaran sifat lain.Orang-orang yg ikhlas adalah mereka yg mengesakan Allah dan merupakan hamba-hamba-Nya yg terpilih.Seseorang yg ikhlas adalah seseorang yg tidak peduli akan penghargaan dan tidak menginginkan orang lain memuji kebaikannya walau seberat zarah sekalipun.


Antara lembaran yang menarik…


Syamail Muhammadiyah (Peribadi Rasulullah)


-Andainya Rasulullah Masih Ada…Ingin Sekali Mendengar Gurauannya


Hikmatun Balighah (Hikmah Sempurna)


-Ya Allah,Bimbinglah Hamba-Mu Ke Jalan Yang Lurus…mengulas lebih mendalam Surah al-Fatihah ayat ke-6


Taman Hadis


-Elemen Ikhlas “Sesungguhnya setiap amalan itu dinilai melalui niat.Dan bagi setiap individu akn mendapatkan apa yg diniatkannya.Barangsiapa yg hihjrahnya menuju kpd Allah dan Rasul-Nya maka dia menuju kpd Allah dan Rasul-Nya.Dan barangsiapa yg hijrahnya menuju kpd dunia krn ingin memperolehinya,atau wanita krn ingin dinikahinya maka dia menuju kpd apa yg dihijrahkan.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Wasiat Ayah


-Jujurlah Anakku Kerana Syurga Itu Ada …kita tidak selalu benar dlm pendirian dan tindakan…kita hanya manusia.Walaupun sunguh hati kita ingin mengikut jln Allah,tetapi krn kealpaan dan kejahilan kita tersasar jua.Kita ingin tenang,tetapi oleh kerana ketipisan iman dan zikir,pendirian kita goyah jua.Ada rasa marah,ada rasa resah…tetapi semua itu adalah “bayaran tol” di lebuh raya mujahadah.


~Secara keseluruhannya semua topic didlm Gen-Q semua bagus-bagus sehingga saya rasa tidak sempurna jk hanya sebahagian topic saya tulis..hakikatnya saya tidak mampu untuk menulis semua.Justeru hanya menaruh harapan yg sama dgn team Gen-Q moga anda ikhlas membeli,ikhlas memahami,ikhlas menyampaikan..InsyaAllah,kita semua akn dpt menikmati kemanisan ilmu.