Showing posts with label Majalah al-Ustaz. Show all posts
Showing posts with label Majalah al-Ustaz. Show all posts

Saturday, July 21, 2012

Al-Ustaz Isu 04 “Meluruskan Kekeliruan Hukum-Hakam Puasa”


Sepintas lalu...


Harga : RM 9.00

Antara yg menarik...

TADDABBUR & TAZAKKUR : Beradaplah Dengan Al-Quran


 
Baca Secara Senyap

 
Soalan: Saya pernah melihat orang “membaca” al-Quran secara senyap sambil jarinya bergerak menuruti ayat yg sedang dibaca.Bibirnya tidak bergerak pun . Adakah cara ini juga dikira sebagai membaca al-Quran?

 
Jawapan: Tidak. Bacaan yg dimaksudkan mestilah dengan menggerakkan bibir dan memperdengarkan suara walaupun perlahan hingga hanya dirinya sahaja yg boleh mendengarnya.

 
Nabi s.a.w. bersabda yg bermaksud: “Bacalah al-Quran kerana ia akan menjadi pemberi syafa’at kepada pembacanya pada akhirat kelak.” (Riwayat Muslim)

 
Maksud Nabi s.a.w. dalam hadis ini dijelaskan oleh hadis lain yg bermaksud: “Sesiapa yg membaca satu huruf al-Quran, maka baginya pahala satu kebaikan. Dan setiap kebaikan itu dilipat gandakan pula kepada sepuluh sepertinya.” (Riwayat al-Tirmizi)

 
Tegasnya di sini, seseorang itu tidak dianggap membaca al-Quran melainkan apabila dia melafazkan bacaannya hingga kedengaran oleh telinganya.

 
BELITAN IBLIS : Menghindari Tipu Daya Syaitan

 
Dalam sebuah hadis sahih, Nabi s.a.w. bersabda yg bermaksud: “Akan datang syaitan kepada kamu, lalu bertanya: ‘Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?’ Lalu manusia menjawab: ‘Allah yang mencipta.’ Lalu syaitan bertanya lagi: ‘Allah yang menciptakan segala makhluk. Namun siapa pula mencipta Allah?’ Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya) : ‘Apabila didapati sedemikian, hendaklah seseorang itu berkata: ‘Aku beriman kepada Allah.” (Riwayat Muslim)

 
Dalam riwayat lain, Nabi s.a.w. menyatakan apabila syaitan mempersoalkan tentang pencipta Tuhanmu, maka hendaklah seseorang itu berlindung dengan Allah (daripada tipu daya syaitan itu) dan berhenti berfikir tentang perkara itu.

 
Kita perlu mengetahui segala helah dan tipu daya yg dilakukan oleh syaitan utk menyesatkan manusia. Tipu daya mereka boleh datang dlm bentuk kebaikan seperti mengingatkan manusia kpd Allah, namun pada masa yg sama ia menyuntik rasa was-was dalam hati manusia agar mempersoalkan keesaan Allah s.w.t.

 
KAMUS FIQAH

 
Apa erti Daar?

 
Daar ertinya rumah, daerah atau wilayah. Darul HArbi bererti wilayah peranag, atau wilayah yang dikuasai pihak musuh. Darul Islam bererti wilayah Islam, atau wilayah yang berada di dalam kekuasaan tentera Islam.

 
FOKUS : Perubatan Moden Dan Kesannya Pada Puasa

 
Rawatan Masuk Air atau Glukos

 
Soalan : Pada Ramadan tahun lepas saya diamsukkan ke wad salaam empat hari. Sepanjang waktu itu, badan saya menerima air dan gula melalui suntikan di tangan. Apa hokum berpuasa ketika itu? Air itu bukan melalui mulut pun. Dari satu segi pula, saya memang merasa bertenaga dan tidak letih ketika itu biarpun tidak makan minum. Barangkali disebabkan badan saya menerima air dan gula. Jadi saya inginkan kepastian.

 
Jawapan : Puasa itu batal. Ulama yg mengkaji kewajaran hokum syariat (ta’lil al-ahkam) di sebali larangan makan dan minum bagi orang berpuasa merumuskan bahawa ia bertujuan untuk menghalang sebarang zat makanan atau minuman yg akan memberi tenaga baru kepada tubuh.

 
Hikmahnya, Allah ingin melihat kesabaran dan kesungguhan hamba-Nya bertahan dalam keadaan tenaga badan semakin berkurangan. Sedangkan rawatan masuk air atau glukos ke badan sebenarnya memberi tenaga baru kepada tubuh biarpun ia tidak melalui mulut sekalipun.

 
BICARA MUSLIMAH : Memahat Kesabaran Pada Diri

 
Tip Orang Sabar 
  • Mengakui bahawa diri kita masih jauh daripada sifat sabar.
  • Menyedari bahawa kehidupan adalah medan ujian.
  • Mengetahui betapa hebatnya balasan buat orang yg sabar.
  • Tetap istiqamah melakukan amal soleh.
  • Beriman dan yakin dengan takdir Allah.
  • Mengikat diri dengan Allah melalui doa.
  • Lazimkan memerhati orang yang lebih susah daripada kita. 
  • Jaga pandangan lebih mudah untuk kita sabar mengawal nafsu.
~:: Huraian penuh di dlm al-Ustaz isu 04

 
KEMUSYKILAN REMAJA : Lelaki Memakai Cincin Emas Putih

 
Pengharaman memakai emas bagi lelaki amat jelas hukumnya. Begitu banyak dalil antaranya:

 
Ali bin Abu Talib r.a berkata: “Rasulullah s.a.w. mengambil sutera dan meletakkannya di sebelah kanan Baginda. Kemudian Baginda mengambil emas dan meletakkannya di sebelah kiri, lantas bersabda yg bermaksud: ‘Kedua-dua ini haram buat orang lelaki umatku.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan lain-lain)

 
Dalam riwayat Ibn Majah ada penambahan: “Halal buat orang perempuan.”

 
Nabi s.a.w. pernah melihat seorang lelaki memakai cincin emas, kemudian mencabut dan membuangnya ke tanah. Baginda pun bersabda yg bermaksud: “ Ada antara kamu yang sengaja mengambil bara api dan meletakkan di tangannya!”

 
Setelah Rasulullah pergi, dikatakan kepada lelaki tersebut: “Ambillah cincinmu kembali dan manfaatkannya.”

 
Dia menjawab: “Tidak! Demi Allah, saya tidak akan mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.” (Riwayat Muslim)

 
Ringkasnya: Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya memakai emas putih.

 
~:: Huraian penuh di dlm al-Ustaz isu 04…

 
~:: Bacaan lanjut dapatkan al-Ustaz isu 04..selamat menimba ilmu…
(^ _^)

Thursday, July 12, 2012

Al-Ustaz Isu 03 “Menguruskan Anak Tidak Sah Taraf”


Harga : RM 9.00

Apa yang menarik...

KALAM HIKMAH : Anak Amanah Allah



Firman Allah s.w.t. maksudnya:


“Wahai orang yg beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu drp api neraka yg bahan bakarnya ialah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yg kasar , keras dan tidak menderhakai Allah terhadap apa-apa yg diperintahkan-Nya kpd mereka dan selalu mengerjakan apa yg diperintahkan.”
(Surah al-Tahrim 66:6)

Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :


“Perintahkan anak-anak kamu untuk mengerjakan solat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan pukullah mereka (sekiranya enggan solat) ketika mereka berusia 10 tahun. Pisahkan tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan).”
(Riwayat Abu Daud)

MANTAP AQIDAH : Fenomena Takut Hantu


Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah: “Sesungguhnya hantu pernah mereka sebutkan di sisi Umar al-Khattab. Maka beliau berkata: ‘Bahawasanya tidak ada yg mampu utk merubah bentuk aslinya sebagaimana diciptakan Allah s.w.t mula-mula. Namun mereka mempunyai tukang sihir sebagaimana tukang sihir yg ada di antara kalian. Apabila kalian melihat hal itu, maka ucapkanlah azan pada mereka.” Al-Hafiz Ibn Hajar berkata:”Isnadnya sahih.” (Rujuk Fath al-Bari jil.6,hlm.344).


BELITAN IBLIS : Syaitan Lemah Dengan Orang Ikhlas


Allah berfirman yang bermaksud: “Iblis berkata: Wahai Tuhanku, kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba- Mu yang ikhlas (yang dibersihkan daripada sebarang syirik).” (surah al-Hijr ayat 39-40)


KUNCI ILMU


Daripada Ibn. Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kamu, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kamu untuk disentuh tangan-tangan saudara kamu. Jangan biarkan celah-celah ntuk dimasuki syaitan. Sesiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan sesiapa yang memutuskan saf,maka Allah memutuskannya.” (Riwayat Bukhari dan Abu Daud)


Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi jiwaku yg ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.” (Riwayat Bukhari dan Abu Daud)


Tip Cara Untuk Memperoleh Ilmu.


1. Memohon kepada Allah agar dilimpahi ilmu yg bermanfaat.


2. Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan rindu akan ilmu.


3. Menjauhi diri dari seluruh perbuatan maksiat dengan cara bertakwa kepada Allah.


4. Tidak bersikap sombong dan tidak merasa malu dalam mencari ilmu.


5. Ikhlas dalam menuntut ilmu dan dalam mengamalkannya.


~::Huraian penuh sila rujuk dalam al-Ustaz 03


PANDUAN DOA MAKBUL


“Berdoalah kepada-Ku, pasti Aku kabulkan doamu.” (Surah al-Mukmin 40:60)


Orang yang Allah kabulkan isi hatinya tanpa berdoa


Allah s.w.t berfirman :

“Sesiapa yg disibukkan dengan membaca al-Quran dan mengingati Aku daripada meminta sesuatu daripada-Ku, maka Aku akan memberikannya lebih baik daripada apa yg diminta oleh orang lain. Dan kelebihan perkataan Allah (al-Quran) atas perkataan-perkataan lain adalah seperti kelebihan Allah atas makhluknya.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Tip Doa Makbul


Dalam surah al-Anbiya’ antara ayat 73 hingga 90, Allah merakamkan kisah para nabi dan doa-doa mereka yg dimakbulkan. Pada akhir ayat 90 Allah menyenaraikan tiga tabiat serupa para nabi yang menyebabkan doa mereka begitu makbul:


i) Sesungguhnya mereka sentiasa bersegera melakukan kebaikan.


ii) Sentiasa berdoa kepada Kami dengan penuh harapan dan ketakutan.


iii) Sentiasa tunduk patuh kepada Kami.


~::Bacaan lanjut dapatkan al-Ustaz isu 03..selamat menimba ilmu…
(^ _^)

Al-Ustaz Isu 02 “Kasih Sayang Allah; Bagaimana mengukurnya?”


Harga : RM 9.00

Apa yg menarik...

ISU : Kasih Sayang Allah; Bagaimana mengukurnya?



“Sesungguhnya, Allah memiliki 100 rahmat…Allah s.w.t mengakhirkan (menangguhkan) 99 rahmat (yang berbaki) utk Dia merahmati hamba-Nya dengan rahmat itu pada hari kiamat.”

Rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t amat luas. Tiada sesiapa yang mampu memberikan kasih sayang seumpama Allah kpd makhluknya. Kasih sayang Allah yg begitu luas dpt kita lihat dgn berterusannya nikmat dan kurniaan Allah kpd hamba-Nya walaupun mereka melakukan sebesar-besar dosa dan maksiat.


TADDABBUR & TAZAKKUR : Iklaskan Diri Sebab Kita Orang Islam


Firman Allah s.w.t dalam surah al-Hajj ayat ke 37, maksudnya: Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kpd Allah, tetapi yg sampai kepadaNya ialah amal yg ikhlas yg berdasarkan takwa dari kamu.


BELITAN IBLIS : Syaitan Golongan Mafia Dalam Kalangan Jin?


Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 16-17, maksudnya:


“Iblis berkata: ‘Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat, (maka) demi seseungguhnya aku akan mengambil tempat menghalang mereka (daripada menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.”


Menurut Ibn Qayyim, maksud ‘jalan yang lurus” dlm ayat diatas ialah Islam ialah; jalan yg membawa kpd Allah s.w.t . Ini bersesuaian dgn hadis yg bermaksud: “Sesungguhnya syaitan duduk (menghalang) anak Adam pada semua jalan.” (Riwayat Ahmad dan an-Nasa’i)


FIQAH ZAKAT : Orang Islam Yang Enggan Berzakat


Allah berfirman yang bermaksud:


“Sesungguhnya, zakat itu hanyalah untuk orang fakir,miskin,amil yg menguruskan zakat,golongan mualaf yg dijinakkan hatinya (dengan Islam), hamba yang hendak memerdekakan dirinya, orang yg berhutang, untuk jalan Allah dan orang yg sedang dalam perjalanan. Ia sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah. (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (surah Tawbah 9:60)


BUAT DIRIKU YG MUDAH LUPA : Usah Bersedih


Allah s.w.t. berfirman dalam surah Ali Imran ayat 139 yang bermaksud:


“Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yg akan menimpa kamu), padahal kemulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yg (sungguh-sungguh) beriman.”


RUKHSAH BERMUSAFIR


Rukhsah ialah keringanan dalam beribadah. Ia merupakan sedekah drp Allah buat hamba-Nya.


Rasulullah bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu mengambil rukhsah Allah yang Dia berikan untuk kamu.” (Riwayat Muslim)


Sabda baginda lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah suka kamu mengambil rukhsah-Nya sebagaimana Dia benci kamu melanggar perintah-Nya.” (Riwayat Ahmad)


~::Bacaan lanjut dapatkan al-Ustaz isu 02..selamat menimba ilmu…
(^ _^)

Monday, June 25, 2012

Al-Ustaz Isu Perdana "Susahnya Mendidik Diri Apakah Penyelesaiannya"


Harga    : RM 9.00

Sinopsis :

Majalah terbaru keluaran Telaga Biru merungkai persoalan “Anda Musykil Islam Menjawab” membaca lembaran pertama Kalam Hikmah hingga Pena Editor sudah terasa majalah ini semakin seronok utk dibaca..majalah yg menekankan persoalan dan jawapan dijawab dgn huraian yg jelas oleh para ilmuan yg berpengalaman dlm bidang masing-masing.  
Antara soalan-soalan didalam majalah al-Ustaz:-
Dimanakah terletaknya kehebatan (i’jaz) al-Quran?-Jwpn Ustaz Zahazan Mohamed
Ustaz saya rasa berat utk melakukan ibadat.Susah utk solat berjemaah,membaca al-Quran,solat sunat dan sebagainya.Tetapi utk buat aktiviti lain spt bersukan,melepak dgn kawan-kawan,menonton TV terasa mudah.Apakah yg patut sy lakukan utk mudah melakukan ibadat.-Jwpn Ustaz Mohd Azrul Ismail
Bolehkah berwuduk dgn air laut?menonton wayang ,apa hukumnya?-Jwpn Ustaz Ismail Kamus
Apakah maksud zakat dr segi bahasa dan istilah syarak ?-Jwpn Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
Bolehkah ustaz jelaskan siapa iblis sebenarnya ?-Jwpn Ustaz Dr Mohd Sukki Othman
Surah eksklusif untuk Muhammad s.a.w-Jwpn Ustaz Don Danial Don Biyajid
--------Serta banyak lagi soalan yg mungkin tercari-cari penyelesaiannya dan galilah mungkin jawapannya ada di dlm..jgn ketinggalan utk menjadikan majalah al-Ustaz sebagai tambahan koleksi serta tambahan ilmu anda! ( ^ _ ^)