Anda mahukan buku-buku seperti majalah SOLUSI,Gen-Q,buku agama,makanan Frozen Food,produk kesihatan dan kecantikan diri serta pelbagai barangan lain ada disini.. Harga yang berpatutan mampu untuk dimiliki.. Jaminan HALAL,BERSIH amat kami utamakan.. Agar anda berpuashati dengan setiap produk yang kami niagakan..
Monday, June 25, 2012
Gen-Q Isu 02 “ Cinta vs Cita-Cita”
Harga : RM 7.00
Sinopsis :“Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhan-ku,sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhan-ku.”(Surah al-Kahfi ayat 109)
Antara lembaran yang menarik isu kali ini:-
-Glosari Hidup
Amanah:Antara Cinta dan Cita-Cita
Dari sudut psikologi,perasaan cinta itu membuatkan timbulnya rasa percaya dan kasih yg akhirnya menerbitkan tanggungjawab atau amanah dlm percintaan.Simboliknya,perasaan cinta itu merangkumi pelbagai aspek dan amat luas perspektifnya.Maka kita satukan perasaan cinta itu dan kita jadikannya asas atau tiang untuk kita berpaut.Apakah tiangnya itu?Tiangnya adalah cinta kepada Islam.
Istiqamah Memelihara Amanah
Memelihara mata.
Memelihara telinga.
Memelihara lidah.
Memelihara perut.
Memelihara kemaluan.
Memelihara dua tangan.
Memelihara dua kaki.
~Kesemua ini ada huraiannya boleh baca lebih lanjut didalam Gen-Q isu 02…
-Wazakkir (Berilah Peringatan)
Kelebihan Memelihara Tanggungjawab.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya,dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hokum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil.”
-Muhasabah (Menilai Diri)
Pulihara Dalam Pelihara
…Sebaik-baik teman adalah orang yang suka mengingatkan kesalahan kita,bukan yang membiarkan ketika kita berbuat salah…
-Tanyalah Ustaz
Memahami Batas Pergaulan
Aturan Pergaulan
~Menjaga pandangan dari kedua belah pihak.
~Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan.
~Mematuhi adab-adab muslimah.
………….Kesemua diats ada huraian terperinci..bagi adik-adik yg selalu belajar grup studi semoga huraian berikut dapat dijadikan panduan serta pedoman dlm meniti perjalanan sebagai seorang pelajar.
Semoga terus menjadikan Gen-Q sebagai bahan bacaan yg sentiasa dekat dihati…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment