Monday, June 25, 2012

Al-Ustaz Isu Perdana "Susahnya Mendidik Diri Apakah Penyelesaiannya"


Harga    : RM 9.00

Sinopsis :

Majalah terbaru keluaran Telaga Biru merungkai persoalan “Anda Musykil Islam Menjawab” membaca lembaran pertama Kalam Hikmah hingga Pena Editor sudah terasa majalah ini semakin seronok utk dibaca..majalah yg menekankan persoalan dan jawapan dijawab dgn huraian yg jelas oleh para ilmuan yg berpengalaman dlm bidang masing-masing.  
Antara soalan-soalan didalam majalah al-Ustaz:-
Dimanakah terletaknya kehebatan (i’jaz) al-Quran?-Jwpn Ustaz Zahazan Mohamed
Ustaz saya rasa berat utk melakukan ibadat.Susah utk solat berjemaah,membaca al-Quran,solat sunat dan sebagainya.Tetapi utk buat aktiviti lain spt bersukan,melepak dgn kawan-kawan,menonton TV terasa mudah.Apakah yg patut sy lakukan utk mudah melakukan ibadat.-Jwpn Ustaz Mohd Azrul Ismail
Bolehkah berwuduk dgn air laut?menonton wayang ,apa hukumnya?-Jwpn Ustaz Ismail Kamus
Apakah maksud zakat dr segi bahasa dan istilah syarak ?-Jwpn Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
Bolehkah ustaz jelaskan siapa iblis sebenarnya ?-Jwpn Ustaz Dr Mohd Sukki Othman
Surah eksklusif untuk Muhammad s.a.w-Jwpn Ustaz Don Danial Don Biyajid
--------Serta banyak lagi soalan yg mungkin tercari-cari penyelesaiannya dan galilah mungkin jawapannya ada di dlm..jgn ketinggalan utk menjadikan majalah al-Ustaz sebagai tambahan koleksi serta tambahan ilmu anda! ( ^ _ ^)


Solusi Isu 43 “ Subur Dengan Syukur”

Harga    : RM 10.00

Sinopsis :

Isu Sukarnya Untuk Bersyukur

“Jangan mengharapkan terima kasih drp org yg menerima kebaikan kita,nanti kita akan menjadi org yg sakit jiwa.”-Dale Carnegie.
Apakah erti syukur?
Dari segi bahasa,syukur maknanya pujian.Yakni pujian apabila mendpt kebaikan atau kelebihan kpd pihak yg memberi kebaikan dgn menyebut kebaikannya.Apabila manusia menghargai kelebihan yg ada pd dirinya,mk itulah modal awal utk bersyukur.Jadi,sudah sewajarnya manusia bersyukur krn setiap manusia mempunyai kelebihan.Firman Allah s.w.t yg bermaksud: “Jika engkau mahu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak akan terhitung.”
Syukur akn membanyakkan nikmat yg sedikit,menyelamatkan drp kekufuran,merapatkan hubungan dgn Tuhan dan sesama insan,dan akn melahirkan ketenangan dan kebahagiaan dlm kehidupan.Bahawa kekayaan,kebahagiaan,ketenangan dan kejayaan hamba yg bersyukur akn digandakan.
Kiasan : “ Umpama Tidak Berpakaian”
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
“Ada dua golongan yg akn menjadi penghuni neraka.Aku belum pernah melihat mrk iaitu golongan yg mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yg digunakan utk memukul org dan golongan kedua ialah wanita yg berpakaian tetapi telanjang,berlenggang-lenggok ketika berjalan serta menarik perhatian org yg melihat mrk.Kepala mrk bagaikan bonggol unta yg senget.Mrk tidak akn masuk syurga dan tidak dpt mencium bau wanginya.Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yg sgt jauh.”(Riwayat Muslim)
Menutup aurat bukanlah hanya terletak pd tudung shj.Sebaliknya aurat dtg dlm satu pakej iaitu:
-Pakaian yg menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.
-Pakaian yg tidak ketat yg boleh menyembunyikan susuk tubuh.
-Pakian yg tidak jarang (nipis) sehingga menampakkan kulit dan anggota badan.
Misteri Alam Ghaib: Pencuri Berita Dari Langit
Terdpt satu perbualan menarik antara Sayidatina Aisyah r.ha. dgn Rasulullah s.a.w berkenaan hakikat jin mencuri berita dari langit.Beliau berkata kpd Rasulullah s.a.w : “Wahai Rasulullah, sesungguhnya para dukun biasa meramal sesuatu dan kami mendapati benar-benar berlaku.”
Baginda memberi maklum balas berikut,mafhumnya:”Perkataan itu memang benar .Jin mendengarnya lalu membisikkannya ke telinga walinya(penolong syaitan seperti bomoh)dan ia menambahkannya dgn 100 pendustaan.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
*Ingin mengetahui cerita ini dgn lebih lanjut dapatkan solusi isu 43..
( ^ _ ^)

Gen-q isu 09 " Mengubat Jiwa Kosong"

Harga    : RM 7.00

Sinopsis :
“Ya Allah, Tuhan yg membolak-balikkan hati, teguhkan hati-hati kami kepada agama-Mu dan tunjukkan kami kepada jalan ketaatan “
 Isu :Mengubat Jiwa Kosong 
Bagaimana utk mengatasi atau mengubat jiwa yg telah kosong?Mari kita selami ayat-ayat dlm kitab agung al-Quran:
  • Sentiasa beringat bahawa kita dilahirkan mulia.
  • Sentiasa beringat bahawa kita hidup bermasyarakat.
  • Sentiasa beringat bahawa amalan baik dibalas baik.
  • Sentiasa beringat bahawa kita disediakan dgn iman.
  • Sentiasa beringat bahawa kita perlu sentiasa menolak kejahatan.
  • Sentiasa beringat bahawa tidak leka drp berdoa.
  • Sentiasa beringat bahawa berjemaah di masjid.
----7 perkara diatas disertakan huraian..sila rujuk Gen-Q isu 09.
Tanyalah Cikgu: Tenggelam Dalam Budaya
Soalan:
Adakah salah saya meminati dan memakai baju berkonsep K-Pop?Apa bezanya dgn org lain yg meminati thrash,rock,hip hop,skin,dan sebagainya?Mereka juga ada pakaian dan cara tersendiri juga kan?Minta pendapat Cikgu…
---dapatkan jwpnnya  dgn terperinci bersama Cikgu Yaser.
Wazakkir(berilah peringatan):Berhibur Dengan 2D 2L
Apakah 2D 2L? ( ^ _ ^) iaitu
  • Doa-Berdoa kpd Pemilik Hati.
  • Dengar-Mendengar ayat Allah s.w.t
  • Laksana-Melaksanakan perintah Allah s.w.t
  • Lihat-Melihat ciptaan Allah s.w.t
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:”Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang (silih berganti) dan pada segala yg dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan-Nya) kpd kaum yg mahu bertakwa.” (Surah Yunus 10:6)
Nota Lekat
“Hikmah bermaksud pengetahuan ,falsafah ,kata-kata yg sesuai dgn kebenaran dan kenyataan.Kebijaksanaan dan kebenaran itu sendiri diberikan Allah kpd sesiapa yg dikehendaki.Mereka adalah orang yg sentiasa berbaik sangka kpd Allah seperti firman Allah yg bermaksud:”Aku bergantung pada sangkaan hamba-hamba-Ku.”-(Maksud Hadis)
----------Banyak isu yg menarik dlm Gen-q isu 09 ni..pengisian yg baik bukan hanya utk remaja sesuai juga utk semua peringkat usia..semoga hati kita sentiasa dibajai dgn bahan bacaan yg baik.

Solusi Isu 42 "Pasrah Dengan Istikharah"


Harga     : RM 10.00

Sinopsis :

Istikharah: Petunjuk Jitu Kala Keliru
Allah tidak membiarkan manusia terumbang-ambing tanpa panduan. Allah turunkan iman dan Islam sebagai rujukan utk manusia menjalani kehidupan. Allah yg mencipta manusia, maka Allahlah yg lebih mengetahui selok-belok permasalahan manusia. Lalu Allah turunkan syariat sebagai rujukan untuk manusia bertindak.
Bagaiman Iman Mempengaruhi Pilihan?
Kejayaan dlm kehidupan ditentukan oleh apa yg kita buat setiap hari. Perbuatan kita itu pula ditentukan oleh keputan yg dibuat oleh hati kita.Kejayaan merupakan suatu proses yg berjalan setiap hari. Ia bukan sebuah destinasi, sebaliknya suatu kembara. Antara satu peringkat dlm proses itu ialah bagaiman kita membuat pilihan.
Muhasabah : Tidak Pernah Jemu
Sedar tak sedar , rupanya dah beribu-ribu kali kita solat. Beribu-ribu kali juga kita renew(perbaharui) syahadah kita. Malah berbulan-bulan atau mungkin sudah bertahun-tahun kita berpuasa (jumlah puasa wajib atau sunat sepanjang hidup). Ada sesetengahnya yg sudah berkali-kali mengerjakan umrah atau naik haji.
Seandainya kita focus kpd solat, setiap hari paling tidak kita rukuk 17 kali, 34 kali sujud, lima kali mengangkat takbiratulihram dan member salam. Bukan itu sahaja, malah kita mengulangi bacaan al-Fatihah sebanyak 17 kali, bertakbir hampir 100 kali, malah banyak lagi bacaan lain yg dibaca berulang kali dan tidak pernah berubah.
Pernahkah kita jemu dgn semua itu? Pernahkah jemu membaca surah dan ayat al-Quran yg sama? Pernahkah jemu bertawaf dan menunaikan pelbagai rukun haji dan umrah yg lain? Tidak pernahkan?
Hakikatnya ibadah itu makanan roh yg amat diperlukan dari semasa ke semasa. Makin dikerjakan ibadah wajib, makin terasa lazatnya, malah mungkin makin “ketagih”.
Ibadah tidak pernah menjemukan. Yang jemu hanyalah hati yang kian jauh drp rahmat Allah s.w.t. Yang jemu hanyalah hati yg terlalu mencintai dunia.  
*Banyak lg yg menarik, jgn ketinggalan utk dapatkan majalah Solusi! J

Gen-q Isu 08 " Bersahabat Sampai Ke Syurga"

Harga : RM 7.00

Sinopsis:

Perhatikan Siapa Sahabatmu…
Diriwayatkan drp Abu HUrairah r.a beliau berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, maksudnya: ‘Seorang Mukmin itu berada di atas agama (gaya hidup dan perilaku) sahabatnya. Maka, salah seorang drp kamu hendaklah memerhatikan dgn siapakah dia bersahabat.” (Riwayat al-Tirmizi dan Abu Daud)
Ya Allah,lapangkanlah dadaku ini agar sentiasa mendoakan kebaikan kpd sahabat yg lain
“Itulah yg Allah gembirakan hamba-hamba-Nya yg beriman dan beramal soleh.Katakanlah:`Aku tidak meminta kpdmu upah utk ajaran Islam yg aku smapaikan itu, melainkan kasih mesra disebabkan pertalian kerabat.Dan sesiapa yg mengerjakan sesuatu yg baik, Kami tambahi kebaikan bgnya kebaikan itu.Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lg sentiasa membalas dgn sebaik-baiknya .”-(Surah asy-Syura 42:23)
Bersahabat Dengan jujur
Ada beberapa perbuatan yg elok dan sgt baik utk kita ambil dan amalkan dlm persahabatan, ikutlah pesanan Rasulullah s.a.w :
Mempamerkan akhlak yg mulia apabila bersama org lain, sabda Nabi s.a.w: “Bergaullah dgn manusia dgn akhlak yg baik.”
Sentiasa memaafkan kesalahan org lain, sabda Nabi s.a.w :”Allah tidak menambah sesuatu ke atas seorang hamba pd kemaafan yg diberikannya melainkan kemuliaan.”
Mempraktikkan sikap malu Rasulullah s.a.w, sabdanya: “Malu itu sebahagian drp iman dan iman itu berada di dlm syurga.”
Mencari sahabat yg baik krn ia termasuk dlm ciri-ciri kebahagiaan seorang manusia berdasarkan sabda Nabi s.a.w drp Sayidina Ali.
Mengajak manusia ke arah kebaikan dunia dan akhirat, Abu Soleh berkata : “Seorang Mukmin itu adalah org yg bergaul dgnmu dgn baik, dan menunjukimu kpd kebaikan dlm agama dan duniamu.
*Banyak lg yg menarik, jgn ketinggalan utk dapatkan majalah Gen-q! J

Sebarkan Cinta-Mu


Harga   : RM 31.00

Kod       : PTSB 1107

Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin

"Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati."

Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.

Secangkir Teh Pengubat Letih


Penulis : HASRIZAL ABDUL JAMIL
Kod       : GB0074
Harga   : RM 25.00
Bumi Ataturk tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Roh Islam masih subur di situ! Itulah perasaan yang akan terzahir apabila menatap naskhah kedua Siri Travelog Tarbiah karangan Ustaz Hasrizal ini. Penulis menumpahkan segala pengalaman beliau di Turki yang juga dianggap rumah kedua selepas Jordan.

Warga Turki masih utuh pegangan akidahnya, para huffaz bertebaran di buminya, ukhuwah islamiah masih membara di dada penghuninya, malah tiada Muslim yang akan rasa terasing apabila bertandang ke sana.

Secangkir teh yang diteguk di bumi Ataturk hari ini, mungkin akan menjadi pengubat letih dan dahaga sehingga hari esok!

Bersama kita selusuri pengalaman kembara seorang insan dalam mencari damai di celah-celah rimbunan mehnah yang mencengkam. Ukhuwah dan kasih sayang, tawa dan air mata – segalanya terangkum di dalamnya...

Antara kandungan:
* Mencari Damai Diri * Canakkale Ajaibnya Turki * Secangkir Teh Pengubat Letih * Orang Berbudi Kita Berbahasa * Bahasa Yang Pergi… * Ukhuwah Di Bumi Afyon * Orang Berbudi Kita Berbahasa * Sejarah Tua Kaum Muda Berulang Lagi * Dan banyak lagi…

Gen-Q Isu 03 “Mengapa Doa Belum Dimakbulkan?”


Harga    : RM 7.00

Sinopsis:


Dari Meja Editor…Sentiasa Memohon Agar Dilindungi daripada Maksiat.




“Hati laksana benteng, benteng itu berpagar, dan pagar mempunyai pintu.Penghuni dalamnya ialah akal.Para malaikat sering berjaga di kawasan benteng itu.Tetapi di situ juga ada tempat bersembunyi yang akan didatangi oleh syaitan.”


…sentiasa berdoa agar dilindungi daripada gangguan syaitan yg tidak henti mencampakkan ‘gadget’ maksiat.Sesungguhnya doa adalah perisai Mukmin.


Renungan untuk diriku yang mudah lupa…


Ya Allah,Lindungilah Aku Dan Keluargaku Daripada Melakukan Dosa


Abdullah bin Abi Aufa r.a. menceritakan: Rasulullah s.a.w keluar bertemu kami pada suatu hari.Baginda duduk lalu bersabda yg bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada manusia,hendaklah dia berwuduk dan memperelokkan wuduknya,kemudian tunaikanlah solat dua rakaat,seterusnya memuji Allah,berselawat ke atas Nabi s.a.w dan mengucapkan,’Tiada Tuhan yang layak diperhambakan diri (ini) melainkan (kepada) Allah,Yang Maha Bijaksana,lagi Maha Mulia,Maha Suci Allah,Tuhan Arasy yang hebat.Segala puji bg Allah,Tuhan (yang menguruskan) semesta alam.Aku memohon kepada-Mu pemberian rahmat-Mu,kepastian keampunan-Mu,dan kemenangan daripada segala kebaikan,dan keselamatan drp segala dosa.Jangan biarkan diriku berdosa melainkan Kau ampunkan.Tiada kesusahan melainkan Kau bukakan jalan keluar.Jangan biarkan aku berhajat terhadap perkara yg Kau redai melainkan Kau tunaikan,wahai Yang Sebaik-baik Penyayang.” (Riwayat al-Tirmizi)


Taman Hadis


Solat Amalan Yang Pertama Dihisab


Sabda NAbi s.a.w dalam sebuah hadis yang bermaksud:


“Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihisab pada seseorang hamba itu di hari kiamat ialah solatnya.Jika ia baik (dikerjakan),maka dia telah memperolehi kejayaan.Namun jika ia rosak (tidak dikerjakan atau dikerjakan dengan cara yang salah),maka dia telah memperolehi kerugian.”(Riwayat al-Tirmizi)


……….Banyak topic menarik bulan ni jadi jangan ketinggalan untuk mendapatkannya.Bagi anda yang ingin mendapatkan lebih banyak info atau pilihan buku-buku sila layari Teratak Ilmu


Selamat menambah ilmu dan amal!

Gen-Q Isu 02 “ Cinta vs Cita-Cita”


Harga : RM 7.00

Sinopsis :“Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhan-ku,sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhan-ku.”(Surah al-Kahfi ayat 109)




Antara lembaran yang menarik isu kali ini:-


-Glosari Hidup


Amanah:Antara Cinta dan Cita-Cita


Dari sudut psikologi,perasaan cinta itu membuatkan timbulnya rasa percaya dan kasih yg akhirnya menerbitkan tanggungjawab atau amanah dlm percintaan.Simboliknya,perasaan cinta itu merangkumi pelbagai aspek dan amat luas perspektifnya.Maka kita satukan perasaan cinta itu dan kita jadikannya asas atau tiang untuk kita berpaut.Apakah tiangnya itu?Tiangnya adalah cinta kepada Islam.


Istiqamah Memelihara Amanah


Memelihara mata.


Memelihara telinga.


Memelihara lidah.


Memelihara perut.


Memelihara kemaluan.


Memelihara dua tangan.


Memelihara dua kaki.


~Kesemua ini ada huraiannya boleh baca lebih lanjut didalam Gen-Q isu 02…


-Wazakkir (Berilah Peringatan)


Kelebihan Memelihara Tanggungjawab.


Firman Allah s.w.t dalam surah al-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud:


“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada orang yang berhak menerimanya,dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hokum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil.”


-Muhasabah (Menilai Diri)


Pulihara Dalam Pelihara


…Sebaik-baik teman adalah orang yang suka mengingatkan kesalahan kita,bukan yang membiarkan ketika kita berbuat salah…


-Tanyalah Ustaz


Memahami Batas Pergaulan


Aturan Pergaulan


~Menjaga pandangan dari kedua belah pihak.


~Memakai pakaian yang menutup aurat dan sopan.


~Mematuhi adab-adab muslimah.


………….Kesemua diats ada huraian terperinci..bagi adik-adik yg selalu belajar grup studi semoga huraian berikut dapat dijadikan panduan serta pedoman dlm meniti perjalanan sebagai seorang pelajar.


Semoga terus menjadikan Gen-Q sebagai bahan bacaan yg sentiasa dekat dihati…

Gen-Q Isu Perdana “Mencintai Keikhlasan”





Harga : RM 7.00




Sinopsis :

Generasi Al-Quran Kreatif (Gen-Q)
“Jika ditanya kepadaku tentang alam remaja, nescaya aku akan berkata: tiada kehidupan yang lebih singkat daripada menerima ilmu yang luas.”


(Ibnu Sina, ilmuwan Muslim)


“Ya Allah,berikanlah kepadaku manfaat atas segala yg Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yg memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku,syukur kepada-Mu atas segala perkara,aku memohon perlindungan-Mu daripada keadaan ahli neraka.”(Riwayat al-Tirmizi)




Apa itu Ikhlas?


Ungkapan ikhlas menggambarkan pengertian tentang bersih,jernih,murni dan suci daripada percampuran atau pencemaran sifat lain.Orang-orang yg ikhlas adalah mereka yg mengesakan Allah dan merupakan hamba-hamba-Nya yg terpilih.Seseorang yg ikhlas adalah seseorang yg tidak peduli akan penghargaan dan tidak menginginkan orang lain memuji kebaikannya walau seberat zarah sekalipun.


Antara lembaran yang menarik…


Syamail Muhammadiyah (Peribadi Rasulullah)


-Andainya Rasulullah Masih Ada…Ingin Sekali Mendengar Gurauannya


Hikmatun Balighah (Hikmah Sempurna)


-Ya Allah,Bimbinglah Hamba-Mu Ke Jalan Yang Lurus…mengulas lebih mendalam Surah al-Fatihah ayat ke-6


Taman Hadis


-Elemen Ikhlas “Sesungguhnya setiap amalan itu dinilai melalui niat.Dan bagi setiap individu akn mendapatkan apa yg diniatkannya.Barangsiapa yg hihjrahnya menuju kpd Allah dan Rasul-Nya maka dia menuju kpd Allah dan Rasul-Nya.Dan barangsiapa yg hijrahnya menuju kpd dunia krn ingin memperolehinya,atau wanita krn ingin dinikahinya maka dia menuju kpd apa yg dihijrahkan.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Wasiat Ayah


-Jujurlah Anakku Kerana Syurga Itu Ada …kita tidak selalu benar dlm pendirian dan tindakan…kita hanya manusia.Walaupun sunguh hati kita ingin mengikut jln Allah,tetapi krn kealpaan dan kejahilan kita tersasar jua.Kita ingin tenang,tetapi oleh kerana ketipisan iman dan zikir,pendirian kita goyah jua.Ada rasa marah,ada rasa resah…tetapi semua itu adalah “bayaran tol” di lebuh raya mujahadah.


~Secara keseluruhannya semua topic didlm Gen-Q semua bagus-bagus sehingga saya rasa tidak sempurna jk hanya sebahagian topic saya tulis..hakikatnya saya tidak mampu untuk menulis semua.Justeru hanya menaruh harapan yg sama dgn team Gen-Q moga anda ikhlas membeli,ikhlas memahami,ikhlas menyampaikan..InsyaAllah,kita semua akn dpt menikmati kemanisan ilmu.

Amalan Ibu Mengandung


Penulis   : Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood,Hj Muhammad 
                  Zakaria,Jaafar Salleh
Terbitan : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga     : RM 19.90


Sinopsis :

Kehamilan telah dilalui oleh jutaan manusia sejak Nabi Adam a.s. dan telah me-gembangbiakkan zuriat di atas muka bumi ini. Dari-pada risiko penyakit dan kematian bayi yang tinggi seperti kebanyakan ne-gara-negara di Afrika dan sebahagian negara di ran-tau Asia, peningkatan tek-nologi perubatan dan penyelidikan moden telah berkembang pesat untuk menjadikan kelahiran se-bagai “sifar risiko”.

Travelog Seorang Da’i



"Juangkan Kebenaran Walaupun Pahit..."

Penulis    : Ustaz Abd. Rahman Mohamed
Terbitan : Telaga Biru Sdn Bhd
Harga     : RM 20.00


Sinopsis :

Menurut penulis buku ini:


Aku persembahkan buku ini untuk berkongsi pengalaman dengan para pembaca di kalangan kaum Muslimin dan Muslimat. Padanya aku coretkan segala pahit manis hidupku sejak kecil, alam persekolahan, menyertai kumpulan samseng sehingga aku mendapatkan hidayah, bertugas di masjid, difitnah berkefahaman Wahabi hingga terpaksa dibawa ke mahkamah, jatuh bangun sebagai peniaga dan akhirnya dapat berdiri teguh dengan inayah Allah SWT.


“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.”


Biar kita susah dahulu agar kita mendapat kesenangan di kemudian hari. Aku harapkan dengan coretan ini agar segala pengalamanku dijadikan perbandingan dan pengajaran. Aku mahu jelaskan kepada sekalian pembaca adalah dan percayalah, kesusahan hidup bukan hukuman, sebaliknya ia adalah ujian untuk mendapatkan yang terbaik. Firman Allah: “Sesungguhnya berserta kesusahan itu ada kesenangan.”

SOLUSI Isu No 25 "Mujahadah Melawan Nafsu"


Harga     : RM 9.00 ( Back dated issues hanya RM 8)


Sinopsis:

Apa itu nafsu? Nafsu itu tempat berkumpulnya kekuatan amarah dan syahwat (keinginan)dalam diri manusia.Di sinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, dan sentiasa mendorong diri manusia itu ke arah kejahatan.

Daripada nafsu itulah timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki,pemarah,takbur,gila pujian,cintakan dunia,penakut dan lain-lain lagi. Itulah akibat buruk apabila nafsu dibiarkan dan tidak dididik.Nafsu adalah generator kejahatan dalam tubuh badan manusia.

Imam al-Ghazali mengumpamakan nafsu sebagai kuda yang liar.Jika tidak terdidik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya.Sebaliknya jika berjaya dijinakkan, kuda itu dengan mudah dapat ditunggang mengikut mana jua hala tujuan. Begitulah nafsu, jika dididik dengan betul ia boleh membawa kepada kebaikan.

Anakku Hebat Anakku Soleh



Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed
Harga  : RM 34.90 (Kulit Lembut)
               RM 39.90 (Kulit Keras)



SINOPSIS :

Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat,selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi.
Pada masa yang sama cerdik dan soleh.Tetapi pakej ciri-ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki.
Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh,anasir dan cabaran.Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sembarangan.
Buku ini menghurai kaedah dan panduan tersebut.

Solusi Isu 32 - "Bahana Hasad"



Harga : RM9.00 (Back dated issues hanya RM 8)


Sinopsis :

 

"Hasad yang ada dalam hati lebih menyeksa empunya diri daripada oarng yang dihasad.Ia umpama api yang membakar.Sebelum dia membakar orang lain,orang yang hasad akan membakar dirinya terlebih dahulu."




Teruskan pembacaan anda dengan majalah solusi..apa yg menarik keluaran kali ini..




Tafsir - "Dasyatnya Kiamat dan Janji Neraka":Tafsir Surah al-Ghashiyah ayat 1-7 "Seksaan neraka itu dilipatgandakan lagi dengan air mendidih yg sgt panas.Jk setitis drpnya jatuh ke bumi, maka akan cairlah dunia keseluruhannya..."(Ustaz Dr. Hj Zahazan Mohamed)




Fitrah - "Menutup Aurat Itu Fitrah" : "Wahai anak cucu Adam! Sesunguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan sebagai perhiasan bagimu.Tetapi pakaian taqwa, itulah yang lebih baik.Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka beringat." (Prof. Dr. Harlina Halizah Hj.Siraj)




Isu - "Orang Hasad Terseksa Dunia Akhirat" : "Sesungguhnya bagi setiap nikmat itu ada pendengki"(Ustaz Pahrol Mohamad Juoi)




Jejak RM - "Miskin Kaya Ukuran Dunia, Hina Mulia Bandingan Manusia" (Mahadzir Md. Isa)




Syiar - "9 Cara Meraih Sifat Tenang" (Dr. Abd Basit Abd. Rahman)




Tib Nabawi - "Merawat Taun Dengan Kekuatan Jiwa" (Mohd. Wahid Abd. Hanif)




Muslimah - "Gembirakan Hati Ibu Dan Ayah" (Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood)




Fiqah Wanita - "Batas Aurat Wanita Dalam Solat": Apakah hukum solat andai aurat tiba-tiba terdedah sewaktu solat?? (Husna Hassan)kena baca wahai wanita..




Misteri Alam Ghaib - "Jin Tidak Dapat Kuasai Orang Soleh" (Ustaz Ismail Kamus)




Bacaan lanjut sila dapatkan Solusi 32..( ^ _ ^)




"Usia akan berakhir tetapi biarlah pahala terus mengalir"

Hadis 40 Imam Nawawi


Harga   : RM 23.00

Penulis : Hj Zahazan Mohamed


Sinopsis:


Buku Hadis 40 Imam Nawawi ini adalah antara yg tersendiri dlm kelasnya di mana setiap satu
daripada 42 hadis yg terkandung dlm himpunan HADIS 40 ini diiringi dengan gambar foto,pemandangan,objek,artifak dan grafik untuk menguatkan isi dan hujah serta huraian hadis.

Hadis-hadis yg terkandung dlm buku ini tidak disertakan sanadnya pada teks bahasa Arab supaya setiap hadis itu menjadi lebih pendek,ringkas dan mudah dihafal supaya dengan itu hadis-hadis tersebut mudah tersebar dengan meluas serta mudah menjadi sebutan daripada lidah da'i.Walau bagaimanapun, sanad-sanad tersebut disertakan dlm terjemahan bahasa Melayunya.

Jadikan buku ini sebagai bahan bacaan seisi keluarga di rumah,di pejabat dan di masjid untuk diamalkan dalam kehidupan.

Furu' Al-Masa'il

Harga   : RM 75.00


Penulis : Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz


Sinopsis:


Merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oelh ulama' nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yg disampaikan dlm bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yg merangkumi aspek-aspek ibadat,munakahat,muamalat dan jinayat.


Menurut Datuk Hassan Din ,penyusun semula buku ini, "saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab furu' Al-Masa'il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah.Akhirnya, dengan kehendak Allah jua,terdetik persoalan di hati saya,kenapa kitab yang seindah itu,disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja.Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dpt dimanfaatkan oleh generasi masa kini.Khazanah ilmu yg terkandung didlmnya dpt dikongsi dan ditatap bersama.
Akhirnya,timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya,khususnya bg mereka yg dahagakan ilmu."

Solusi Isu 31 - "Sabar Itu Indah"

Harga : RM 9.00 (Back dated issues hanya RM 8)


Sinopsis :

Sabar Itu Indah

 

"Dari segi bahasa sabar bererti menahan atau mengekang.Dari segi praktiknya pula,sabar bererti menahan atau mengekang diri daripada rasa keluh-kesah dan sedih dalam menghadapi sesuatu yang tidak disukai.Lawan kepada sifat sabar adalah sedih dan keluh-kesah."


Apa yang menarik lagi??
  • Mahmudah-Melihat dengan mata akal "Janganlah kamu mendidik anak-anakmu seperti mana orang tuamu mendidikmu.Sebab mereka diciptakan untuk zaman yang berbeza dengan zamanmu."(Umar M.Noor)
  • Hai Anak-Hati-hati dalam berkawan (Rashidah Mustaffa)
  • Cerdik Baik - Dekatkan Jodoh Anda (Dato' Dr.Hj.Mohd Fadzillah Kamsah)
  • Soal Cinta - Jangan membina cinta di dalam kuburan "Jangan pinggirkan Allah kerana dia yang mengurniakan rasa cinta.Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta." (Ustaz Pahrol Mohamad Juoi)
Serta banyak lagi..jadi dapatkannya segera!!!

Solusi 30 - "Memburu Kemanisan Iman"

Harga : RM 9.00 (Back dated issues hanya RM 8)


Sinopsis :
  • PengertianKemanisan Iman - Satu rasa tenang,bahagia dan aman dlm jiwa seseorang hasil keyakinannya yg tinggi kpd Allah,al-Kitab,Rasul dan lain-lain rukun iman.Ia adalah kemanisan yg bersifat maknawi yakni tidak dpt dirasai dgn pancaindera tetapi hanya dpt dirasai oleh hati.(Ustaz Pahrol)


  • Soal Jawab Muamalat- Ketahui jawapan status hutang ditolak upah..(Ustaz Zaharuddin)


  • Maqasid Syariah - Permudahkan,Jangan Menyusahkan "Selagi mana seseorang itu mempunyai akal yg waras,solat tidak boleh ditinggalkan.Namun,dlm sesetengah keadaan yg sukar,cara solat yg asalnya wajib berdiri,dibolehkan solat secara duduk.Klu tidak mampu jg boleh dilakukan dgn cara mengiring,malah berbaring"(Nik Abd Rahim)


  • Tib Nabawi-Menikmati Sakit "Sesungguhnya balasan pahala yg besar diperoleh melalui ujian yg besar.Klu Allah mencintai seseorang,pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya.Sesiapa yg redha menerima ujian Allah,maka bgnya keredhaan-Nya.Dan sesiapa yg kecewa menerimanya,nescaya ia kan menerima kemurkaan-Nya."(Mohd Wahid)
Serta banyak lagi dapatkan Solusi sekarang!!!

Edisi Istimewa - Aku Terima Nikahnya



Penulis : Hasrizal Abdul Jamil

Harga  : RM 55.00


Sinopsis :


Buku ini merupakan terjemahan jalur pengalaman penulis dari sebelum berkahwin, kemudian mendirikan rumah tangga, seterusnya mempunyai anak.Amat sesuai dijadikan rujukan bai pasangan yg belum, sedang dan telah berumah tangga.


Buku "Edisi Istimewa" Aku Terima Nikahnya merupakan kompilasi dari 3 buah buku best sellers, iaitu Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga dan Murabbi Cinta. 3 dalam 1.
Dapatkan segera!!

Nota Hati Seorang Lelaki



Penulis : Pahrol Mohd Juoi


Harga : RM 20.00


Sinopsis :
Buku ini meluahkan isi hati seorang lelaki yg sangat wajar dibaca oleh mereka yg bergelar isteri,adik,anak,pelajar dan ibubapa kepada mereka yg bergelar LELAKI.Ia menyelami perasaan dan jiwa seorang lelaki menurut perspektif rumah tangga,pendidikan,moral,ekonomi,politik dan lain-lain "gelanggang" juang mereka.


Ia ditampilkan dalam bentuk yg sangat santai tetapi mengandungi maksud yg sangat mendalam.Di sebalik setiap kisah ada mesej penting yg sangat relevan dan signifikan.

Solusi Isu 29 - "Mencipta Syurga Rumahtangga"




Harga : RM 9.00 (Back dated issues hanya RM 8)




Sinopsis :

Perkahwinan hakikatnya bukan hanya penyatuan fikiran,perasaan & badan sahaja, tetapi ia adalah penyatuan hati.Soal hati terlalu rencam dan berubah-ubah.Hati dalam bahasa Arab dinamakan "qalb" yakni yg berbolak-balik sifatnya.Sifat berbolak-balik hati itulah yg gagal ditangani dalam alam berumah tangga sehingga menyebabkan suami isteri bercerai.


Hati tidak boleh diurus dan lurus dengan sesuatu yg berbentuk fizikal dan meterial.Sesuatu yg seni dan maknawi mesti dibentuk dan dikawal oleh satu kuasa yg hebat dan kuat.Dalam konteks inilah Allah menegaskan melalui firman-Nya yg bermaksud: "Jika kamu membelanjakan segala yg ada dibumi ini, nescaya kamu tidak akan dapat menjinakkan hati manusia.Tetapi Allah jualah yg menjinakkan hati antara hati-hati mereka." (Surah al-Anfal 8:63)


Ayat al-Quran ini mengingatkan bahawa jika ingin menyatukan hati manusia umumnya dan hati antara suami dan isteri khususnya, maka hati-hati itu mestilah terlebih dahulu "dijinakkan"dengan mendekatkannya kepada Allah.Kemampuan menyatukan hati manusia ini hanya ada pada Allah.Hati yg berbolak-balik itu hanya akan tenteram dan tenang apabila dikenalkan, cinta dan takut kepada Allah.Itulah IMAN.Firman Allah yg bermaksud: "Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah a-Ra'd 13:28)




Bacaan lanjut sila dapatkan solusi isu 29 sekarang.......:))

SOLUSI Isu No 28 " Tanpa Akhlak Rosak Ibadah"

Harga : RM 9.00 (Back dated issues hanya RM 8)

Sinopsis :

Akhlak ialah kebaikan yang datang daripada hati bukan untuk "ambil hati" .Ia sudah melepasi proses mujahadah.Oleh sebab itu, tidak ada kesukaran lagi untuk melakukannya.Yang payah jadi mudah kerana perlakuan baik itu sudah sebati dan serasi dengan diri.

Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud: "Dan seorang lelaki yang bersedekah lalu ia menyembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan tangan kanannya."(Riwayat al-Bukhari) Maksudnya, akhlak itu bebas daripada sebarang unsur lakonan,riyak,munafik dan berpura-pura.

Akhlak tidak boleh disamakan dengan moral dan etika kerana prinsip syariat bukan semata-mata akal.Maksudnya,piawaian akhlak itu berdasarkan prinsip wahyu dan hadis yang sifatnya mutlak dan kekal sepanjang masa. Sebaliknya,prinsip moral dan etika yang bersandarkan pemikiran,falsafah,budaya atau adat -boleh berubah-ubah mengikut situasi,kondisi dan peredaran zaman. Ulasan lanjut sila dapatkan majalah SOLUSI isu 28 sekarang..

Doa Zikir Harian

Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed
Harga   : RM 6.00


Sinopsis :


  1. Susunan doa ditujukan khas untuk semua golongan dan peringkat usia.
  2. Setiap doa ada keterangan, petua beramal dan adab-adab.
  3. Buku bersaiz kecil mudah dipegang di atas tapak tangan kiri, dan mudah untuk diselak dari muka ke muka oleh jari tangan kanan.
  4. Orientasi melintang memudahkan format reka bentuk ayat untuk dihafal dan diingat.
  5. Cetak muka surat ini dengan 2 warna melembutkan mata memandang.
  6. Kulit yang cantik.
  7. Model buku ini sesuai untuk dijadikan buku cenderahati untuk tetamu ke majlis perkahwinan,pertunangan,pelajar,sambutan hari ulang tahun dan sebagainya.

SOLUSI Isu No 27 - "Di sebalik Pesan Taqwa"


Harga     : RM 9.00 (Back dated issued hanya RM 8)

Sinopsis :

TAQWA adalah satu pesanan yang wajib diperdengarkan oleh khatib dalam khutbah jumaat. Seorang lelaki yang berumur 45 tahun akan mendengar sekurang-kurangnya 1,560 pesan taqwa dalam hidupnya (jika dia tidak pernah meninggalkan solat jumaat bermula dari umurnya 15 tahun).

Mari kita dalami rahsianya... Taqwa inilah yang diwasiatkan oleh Allah awal-awal lagi kepada Nabi Adam a.s.: "Hai anak adam Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." surah al-A'raf 7:26) untuk bacaan selanjutnya..dapatkan segera solusi Isu 27... di Teratak Ilmu

Indahnya Amalan Doa




Penulis : Dato' Ismail Kamus
Harga   : RM 35.00
Sinopsis :

Doa adalah antara ajaran islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tulang belakang kepada ajaran akidah islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan Allah SWT ,Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini.
Doa boleh mengubah persepsi hidup seorang insan daripada seorang yang lemah tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras.
Malah sebahagian kejayaan yang dicapai oleh orang bukan islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada "Tuhan" mereka walaupun pada hakikatnya Allah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat mereka itu.

101 Doa Daripada Hadis-hadis Sahih


Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed
Harga  : RM 29.90


Sinopsis :


Doa dan zikir mampu menjadi motivasi diri untuk menguatkan rohani dan jiwa.Ahli psikologi mengatakan apa yang minda kita mampu fikir, kita mampu buat.


Fikiran minda itu ialah doa dan zikir.Selain itu doa dan zikir juga perlu melalui adab dan kaifiat untuk mendatangkan kesan yang optimum.


Doa dan zikir ialah suara hati.Namun jika doa dan zikir itu daripada hadis bermakna pemohon membawa suara hati Rasulullah s.a.w untuk memohon kepada Allah s.w.t. Sudah tentu impaknya-nya lebih kuat.